CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36586|Reply: 0

[Johor] Penyebaran semula ajaran Ahmadi Religion didalangi individu dari luar Johor

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:39 AM | Show all posts |Read mode

FOTO tular gambar poster dan kain rentang mempromosikan semula ajaran sesat itu yang dikesan dipasang di beberapa lokasi tumpuan ramai di Muar, semalam.

Johor Bahru: Penyebaran semula ajaran Ahmadi Religion yang difatwakan sesat di negeri ini baru-baru ini dipercayai didalangi oleh individu dari luar Johor.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Yusree Ikhsan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati usaha membawa masuk ajaran berkenaan dilakukan oleh pihak luar dan tidak membabitkan penduduk tempatan.

Katanya, meskipun kegiatan itu masih terkawal, namun pihaknya mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan dengan mana-mana ajaran yang menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negeri ini.

"Penyebaran poster berkaitan ajaran sesat berkenaan mula dikesan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) apabila ia digantung di beberapa lokasi tumpuan awam di bandar Muar, baru-baru ini.

"MPM mengambil tindakan menurunkan poster berkenaan pada Jumaat lalu atas kesalahan menggantung bahan tanpa kebenaran sebelum perkara itu dirujuk kepada JAINJ," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, semakan pihak berkuasa mendapati bahan-bahan berkenaan mempromosikan ajaran Ahmadi Religion yang difatwakan sesat sebelum ini.

Setakat ini, katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan, namun pihaknya meneruskan pemantauan.

Berdasarkan rekod, tahun lalu, seorang pengikut ajaran berkenaan di Pontian didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM6,000 serta penjara tiga bulan atas tiga pertuduhan menyimpan bahan berkaitan ajaran sesat berkenaan.

Terdahulu tular gambar poster dan kain rentang mempromosikan semula ajaran sesat itu yang dikesan dipasang di beberapa lokasi tumpuan ramai di Muar, semalam.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.058472 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list