CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36961|Reply: 0

[Johor] 3,164 sekolah diklasifikasikan kurang murid

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:43 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Sebanyak 3,164 sekolah di seluruh negara ini diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) iaitu kurang daripada 150 pelajar, setakat November tahun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 3,038 buah sekolah yang direkodkan pada 2024.

Beliau berkata, walaupun dikategorikan sebagai SKM, sekolah berkenaan akan terus diberi perhatian oleh kementerian dan tiada yang akan ditutup.

"Pada masa sama, terdapat juga sekolah yang berlaku kepadatan pelajar sehingga terpaksa beroperasi bagi dua sesi iaitu pada waktu pagi dan petang.

"Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengambil pendekatan dengan memindahkan sekolah seperti dilakukan hari ini membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Central Site dari Ladang Gomali, Segamat ke Taman Ekoflora di sini.

"Sekolah ini hanya mempunyai lima murid sahaja dan mereka bukan dari kawasan Ladang Gomali itu, sebaliknya dihantar dari kawasan luar, ini dilihat tidak praktikal dan sudah tidak dapat menarik kehadiran murid," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah SJKC Central Site di Taman Ekoflora di sini, hari ini.

Wong berkata, lima murid di SJKC Ladang Gomali itu akan dipindahkan ke SJKC yang berhampiran dan sekolah itu akan ditutup setelah SJKC Central Site di lokasi baharu memperoleh sijil perakuan siap (CCC).

Katanya, ini adalah antara strategi di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM selain pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred serta penggabungan SKM.

"Strategi pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dilaksanakan dengan membabitkan percantuman kelas Tahun 2 dengan Tahun 3 dan Tahun 4 dengan Tahun 5 di sekolah berenrolmen 30 orang murid ke bawah," katanya.

Menurut beliau, pembinaan sekolah itu dilihat tepat pada masanya selepas mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat.

"Penduduk di sini terpaksa menghantar anak mereka ke SJKC yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari sini dengan kepadatan murid hampir 3,500 murid. Jadi, memang ada keperluan SJKC dibina di sini," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.566580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list