CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42164|Reply: 0

[Johor] 12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:48 AM | Show all posts |Read mode


Muar: Kira-kira 12 hektar (30 ekar) hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning dilaporkan terbakar hari ini.

Komander Operasi Norshuhada Amasari berkata pihaknya menerima panggilan pada 9 pagi tadi dan sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dibantu 10 anggota BBP Zon 4 bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran di lokasi yang jaraknya 27 kilometer dari BBP Muar itu melibatkan pasukan B balai berkenaan, dengan kekuatan sebuah jentera FRT, sebuah unit EMRS, sebuah lori tiga tan, tiga unit RIM dan sebuah lori tangki.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati kawasan hutan dan sebahagian kebun kelapa sawit seluas kira-kira 30 ekar telah terbakar dan kami melakukan operasi pemadaman menerusi dua sektor (A dan B).

"Pemadaman di sektor A melibatkan kawasan seluas 20 ekar menggunakan kaedah satu aliran 700 kaki, tiga breaching, empat nozzle dan satu unit pam dengan sumber air terbuka manakala sektor B melibatkan kawasan seluas 10 ekar dipadam menggunakan kaedah dua aliran 600 kaki, dua breaching, tiga nozzle dan satu unit pam menerusi jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Air Hitam," katanya.

Menurutnya operasi pemadaman turut melibatkan beberapa agensi lain iaitu PBS dengan enam anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (lima anggota), polis (empat anggota), Jabatan Pengairan dan Saliran (lima anggota), PPNJ (lima anggota) dan Jabatan Kerja Raya (lima anggota).

"Turut digunakan adalah dua lori tangki Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) dan sebuah lori tangki Majlis Perbandaran Muar (MPM).

"Sehingga 5 petang hari ini, operasi pemadaman masih dilakukan," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.208247 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list