CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 46813|Reply: 0

[Johor] Kampung Angkat Madani: Kampung Tuan Seh terima manfaat pembangunan RM1.5 juta

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) menyerahkan sumbangan kepada penerima pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Program Kampung Angkat Madani Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili. FOTO NAJMI NOR’AZAM

Kota Tinggi: Tujuh projek pembangunan dengan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta dilaksanakan di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili di sini menerusi Program Kampung Angkat Madani di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara projek itu termasuklah pemasangan lampu solar, baik pulih Tabika KEMAS, naik taraf balai raya, pembinaan pagar masjid serta pembinaan mercu tanda kampung yang kini menjadi ikon baharu Tanjung Sedili.

"Kesemua projek yang dimulakan sejak September tahun lalu ini akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk daripada 200 isi rumah yang majoritinya terdiri daripada nelayan, petani kecil dan buruh.

"Program ini juga membuktikan kesungguhan kerajaan merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar melalui pendekatan 'Whole of Government, Whole of Society (WoGoS)'," katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI – Kementerian Pertahanan di Pantai Teluk Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, program berkenaan yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 bertujuan memperkukuh kerjasama awam dan ATM.

"Ia juga dilihat dapat meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan ATM dalam Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW).

"Kejayaan ini membuktikan komitmen MINDEF dalam merealisasikan agenda kesejahteraan di bawah gagasan Malaysia MADANI tanpa meminggirkan komuniti desa," katanya.

Sempena program sama, turut diadakan karnival mini ATM selama tiga hari bermula semalam hingga esok dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan berorientasikan manfaat komuniti.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068584 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list