CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 44967|Reply: 0

[Johor] Bomba kerah keringat padam kebakaran 12 hektar kebun sawit

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba memadam kebakaran kebun sawit seluar 12 hektar di Air Itam, Muar hari ini. FOTO Ihsan BOMBA

Muar: Seramai 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengerahkan keringat bagi memadamkan kebakaran dalam kebun sawit seluas kira-kira 12 hektar di Batu 13/14, Air Itam di sini, hari ini.

Ketua JBPM Zon 4, Norshuhada Amsari, berkata kebakaran membabitkan dua sektor dengan laporan kejadian diterima pada jam 10 pagi.

Menurutnya, kebakaran berlaku dalam kawasan berbukit yang dipenuhi pokok sawit dan semak samun membabitkan sektor A seluas lapan hektar manakala sektor B, empat hektar.

"Kebakaran masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya disebabkan faktor struktur tanah gambut, kekurangan sumber air, cuaca panas dan tiupan angin yang menyebabkan api merebak di bawah permukaan tanah.

"Sehingga jam 6 petang tadi, kerja-kerja pemadaman berjaya dikawal dengan 70 peratus di kawasan sektor A manakala 50 peratus lagi di sektor B.

"Baki kawasan masih aktif namun berada dalam keadaan terkawal dan tidak menunjukkan perebakan ke kawasan penempatan penduduk, ladang atau kawasan sensitif.

"Tindakan pemadaman dibuat di kedua-dua sektor menggunakan kaedah pemadaman darat, pam air.

"Selain itu, pemantauan rapi juga dilakukan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran seperti penempatan penduduk, ladang dan kawasan sensitif," katanya dalam kenyataan.

Jelas Norshuhada, setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi pemadaman ditangguhkan sementara pada jam 7 petang dan akan disambung semula 9 pagi esok.

Katanya, ketika ini, lokasi kebakaran sedang dalam pemantauan pihak berkuasa terbabit bagi mengelak sebarang kemungkinan.

"Operasi pemadaman kebakaran turut dibantu polis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan (KKM), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.831761 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list