CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 44837|Reply: 0

[Johor] Solat sunat Istisqa' di masjid, surau di Johor mohon hujan - Exco

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:53 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Semua masjid dan surau di seluruh Johor diarahkan melakukan solat sunat memohon hujan (istisqa') secara berjemaah selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini susulan cuaca kering dan beberapa kes kebakaran yang berlaku di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, arahan itu dibuat bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sebagai usaha memohon ke hadrat Allah SWT agar negeri itu diturunkan hujan.

Beliau berkata, solat sunat istisqa' itu hendaklah dilaksanakan selepas solat fardu Zuhur di semua masjid dan surau di negeri itu.

"Usaha ini bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Johor diturunkan hujan dan seterusnya pusat-pusat tadahan air dipenuhi dengan bekalan air yang bersih dan mencukupi.

"Langkah ini juga bagi memenuhi keperluan Bangsa Johor yang dikasihi. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu meredakan serta memadam kebakaran yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa siri kebakaran terbuka berlaku sejak kebelakangan ini dengan kejadian terbesar dilaporkan terjadi di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang, dekat Kota Tinggi membabitkan kebakaran tanah gambut seluas hampir 100 hektar.

Terbaharu, kira-kira 12 hektar hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, Muar berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning dilaporkan terbakar semalam.

Berdasarkan statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 3,565 kes kebakaran terbuka diterima agensi itu di seluruh negara pada bulan lepas dengan enam kebakaran terbuka berskala besar direkodkan di Johor.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.312269 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list