CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47569|Reply: 0

[Perlis] Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian

[Copy link]
Post time 1-2-2026 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian

AISYAH BASARUDDIN
01 Februari 2026 01:13pm





Hashim (tengah) ketika menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu. Foto Facebook Tuan Guru Haji Hashim Jasin.






SHAH ALAM - Majlis Syura Ulamak Pas bersetuju menerima rayuan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Perlis yang dihentikan keahliannya pada Disember tahun lalu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, rayuan itu dikemukakan Saad Seman (ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji).


Menurut beliau, faktor penerimaan kembali menjadi ahli Pas adalah berdasarkan prinsip al-Quran dalam Surah al-Hujurat ayat ke-10 yang bermaksud 'sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudaramu'.

Selain itu, kata Hashim, perintah al-Quran adalah mengukuhkan ukhuwah dan tali persaudaraan, bukannya menghentikan ahli tanpa kasih sayang.


"Rahmat ALLAH SWT dan islah diutamakan, bukan menyemarakkan nafsu amarah dalam jemaah. Manhaj Nabi Muhammad SAW dalam hukuman mendahulukan taubat, membuka pintu kemaafan, bukannya tergesa-gesa menghukum seperti hadis al-Ghamidiyyah dan Juhainah.

"Kaedah fiqh menyebut 'kemudaratan hendaklah dihilangkan'.

Apabila tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tiada wakil rakyat berfungsi, maka terhasillah kemudaratan awam yang jelas.

"Kebajikan rakyat tidak boleh dikorbankan demi ketegasan pentadbiran parti.

Siasah syar‘iyyah matlamatnya menjaga kesatuan saf, memelihara kepercayaan dalaman serta mengurus khilaf tanpa memusnahkan jemaah.

Rakyat pula tidak boleh menjadi mangsa konflik dalaman parti," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau berkata demikian menyimpulkan dapatan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas kali ke-2 sesi 2026/2030 pada 27 Januari lalu di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Hashim berpendapat, Majlis Syura Ulamak Pas perlu membawa watak adil, pendamai dan pemaaf dalam menyatukan ahli parti yang berpecah, khususnya di Perlis supaya tiada sesiapa pun boleh menambah lagi api permusuhan.





"Pas adalah jemaah Islam yang memperuntukkan kuasa besar kepada Majlis Syura Ulamak dan Mursyidul Am dalam Perlembagaan.

"Ia bagi memelihara Perlembagaan supaya dasar Pas dipatuhi dalam kegiatan dan pentadbiran parti," ujar beliau.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, keahlian tiga ADUN Perlis itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.


Jelas Abdul Hadi, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada 24 Disember tahun lalu.

Menurutnya lagi, mesyuarat membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.

https://www.sinarharian.com.my/article/766356/berita/politik/pas-terima-rayuan-tiga-adun-perlis-dihentikan-keahlian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.896934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list