CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37707|Reply: 0

[Perlis] Tiga bekas ADUN PAS Perlis kekal gugur walaupun merayu keahlian semula

[Copy link]
Post time 1-2-2026 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Tiga bekas ADUN PAS Perlis kekal gugur walaupun merayu keahlian semula

Essa Abu Yamin - Februari 1, 2026 @ 2:53pm





Ahmad Ali



BANGI: Pengguguran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis sebagai wakil rakyat kekal walaupun menghantar permohonan menyertai semula parti menerusi Majlis Syura Ulama.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ahmad Ali berkata kedudukan Saad Seman (bekas ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) sebagai bekas wakil rakyat PAS kekal gugur.

Katanya pengguguran mereka sebagai wakil rakyat PAS kekal terpakai memandangkan ADUN berkenaan terikat dengan peraturan lompat parti.

"Walaupun keahlian mereka diterima semula selepas ini, status mereka sebagai ADUN PAS kekal gugur.

"Ia selaras dengan perlembagaan parti yang terkait dengan peraturan lompat parti.

Jika melakukan apa-apa kesalahan, maka akan tergugur dengan sendiri keahliannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pemukiman PAS, di sini, hari ini.

Ahmad berkata, beliau yakin permohonan untuk menyertai semula PAS oleh tiga bekas ADUN berkenaan akan disambut baik oleh PAS Pusat.

"Sebelum ini juga saya ada jumpa tiga ADUN berkenaan dan sudah memberi nasihat dan teguran (supaya tidak mengulangi kesilapan)," katanya.

24 Disember 2025, PAS menghentikan keahlian ketiga-tiga bekas ADUN itu sekaligus menyebabkan kerusi mereka kosong.

Ia berlaku selepas mereka menyertai lima ADUN BERSATU Perlis menyokong perlantikan Menteri Besar Perlis baharu menggantikan Shukri Ramli dari PAS.

Sementara itu, Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Yahaya, dalam kenyataan berkata permohonan tiga terbabit akan diserahkan kepada setiausaha agung parti untuk pertimbangan PAS Pusat.

Ahmad Yahya berkata, Majlis Syura Ulama menolak daripada membuat keputusan atas nama rayuan kerana ia bukan dalam bidang kuasanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Ali berkata, pihaknya mengakui kemelut politik di Perlis masih belum diselesaikan sepenuhnya, namun proses penstrukturan semula kepimpinan negeri sudah dilaksanakan.

"Saya harap perkara ini akan diselesaikan dengan baik dan kita fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) serta memperkukuh parti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan kononnya berlaku pertembungan antara pimpinan Majlis Syura Ulama yang dipimpin Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin dan PAS Pusat di bawah pimpinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kemelut di Perlis.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1504163/tiga-bekas-adun-pas-perlis-kekal-gugur-walaupun-merayu-keahlian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.695034 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list