CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37420|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita tahan sakit kaki tersepit celah penutup longkang

[Copy link]
Post time 1-2-2026 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Anggota bomba ketika menyelamat mangsa di Taman Titi Height, Balik Pulau, hari ini. Gambar ihsan JBPM





Wanita tahan sakit kaki tersepit celah penutup longkang



  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 1 Februari 2026, 3:20 pm




BALIK PULAU – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kaki kanannya dilaporkan tersepit pada celahan penutup longkang dalam kejadian di Taman Titi Height di sini, hari ini.

Mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan luka pada paha dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada 12.41 tengah hari tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi terbabit.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat
(BBP) Balik Pulau dengan diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Ferdaus Ishak.

“Insiden melibatkan seorang mangsa wanita yang telah tersepit kaki pada celahan penutup longkang.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa tersebut.

Mangsa kemudian diserahkan kepada waris yang turut berada di lokasi kejadian untuk dibawa ke hospital berdekatan,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/02/01/wanita-tahan-sakit-kaki-tersepit-celah-penutup-longkang/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.034140 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list