CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 42024|Reply: 1

[Perlis] RM150,000 kutipan 101 masjid di Perlis disalurkan kepada mangsa banjir di Aceh - MAIPs

[Copy link]
Post time 1-2-2026 05:41 PM | Show all posts |Read mode
RM150,000 kutipan 101 masjid di Perlis disalurkan kepada mangsa banjir di Aceh - MAIPs


Oleh Wartawan BH - Februari 1, 2026 @ 3:59pm





Raja Muda Perlis (tiga dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis bersama berkenan menyempurnakan penyerahan simbolik sumbangan kepada mangsa banjir di Aceh di Kangar malam tadi. - Foto ihsan MAIPs



KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menzahirkan komitmen tinggi dalam agenda kemanusiaan sejagat dengan menyalurkan sumbangan RM150,000 bagi meringankan penderitaan mangsa banjir di wilayah Aceh di Indonesia.

Inisiatif ini cerminan keperihatinan jitu umat negeri Perlis terhadap musibah besar yang melanda wilayah itu baru-baru ini, sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Penyerahan sumbangan berlangsung bersempena penganjuran Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2026 di Kangar, malam tadi.

Majlis simbolik disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dana bantuan berjaya dikumpulkan itu hasil mobilisasi kutipan yang digerakkan secara serentak di 101 masjid seluruh negeri Perlis melalui 'Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Aceh' baru-baru ini.

Sumbangan turut merangkumi sumbangan ikhlas pelbagai lapisan masyarakat dan dermawan yang tampil menyahut seruan kebajikan dianjurkan MAIPs.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, berkata penglibatan seluruh kariah masjid di negeri ini membuktikan institusi masjid di Perlis memainkan peranan amat kritikal sebagai pusat penggerak kebajikan dan perpaduan ummah yang merentasi sempadan geografi.

"Sumbangan ini amanah daripada seluruh umat Perlis.

MAIPs merasa amat terharu dengan maklum balas diberikan masyarakat di mana dalam tempoh yang singkat, kutipan daripada 101 masjid ini menunjukkan betapa kuatnya semangat solidariti kita terhadap saudara-saudara kita di Aceh yang sedang diuji dengan bencana banjir besar," katanya.

Beliau turut menjelaskan pemilihan Yayasan Ubudiah Aceh di Indonesia sebagai rakan pelaksana dengan kerjasama Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Sumatera Utara adalah berdasarkan pengalaman NGO berkenaan yang mempunyai rangkaian kerja yang mantap di kawasan terjejas.

Dalam pada itu, MAIPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa masjid dan penderma budiman yang menyumbang.

Segala usaha kolektif ini diharapkan memberikan sedikit sinar harapan dan kekuatan kepada mangsa banjir di Aceh untuk bangkit semula membina kehidupan mereka, di samping mendoakan setiap sumbangan diberikan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1504187/rm150000-kutipan-101-masjid-di-perlis-disalurkan-kepada-mangsa





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2026 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033933 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list