CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 40333|Reply: 0

[Pulau Pinang] Amaran hujan lebat di Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Sabah

[Copy link]
Post time 1-2-2026 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Amaran hujan lebat di Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Sabah

Suharmin Yusuf[email protected]





GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP/MOHD ADAM ARININ




Kuala Lumpur: Lima negeri termasuk Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini.

Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, negeri lain terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Katanya, kawasan terjejas di Kedah membabitkan Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang meliputi Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Di Perak, antara daerah terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim, selain Selangor membabitkan Hulu Selangor dan Gombak.

"Bagi Sabah, kawasan Pedalaman melibatkan Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) serta Sandakan (Kinabatangan)," kata kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur sehingga Khamis ini.

Katanya, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer (km) sejam dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter (m) dijangka berlaku dan keadaan berkenaan adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut serta sukan laut.

"Dalam tempoh sama, amaran kenaikan paras laut turut dikeluarkan membabitkan perairan Johor Timur dan Pahang sehingga Khamis ini yang berisiko menyebabkan limpahan air laut di kawasan pesisir pantai.

"Bagi sektor perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dikeluarkan susulan angin timur laut melebihi 60 km sejam dengan ombak setinggi lebih 4.5 m dijangka berlaku di perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.

"Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak," katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, amaran kategori kedua membabitkan angin timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak setinggi sehingga 4.5 m dijangka di perairan Condore serta timur laut dan barat daya Reef North.

"Amaran kategori pertama pula dikeluarkan bagi angin timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter di perairan Tioman, utara Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu," katanya.



Disiarkan pada: Februari 1, 2026 @ 6:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1317939/amaran-hujan-lebat-di-kedah-perak-selangor-pulau-pinang-sabah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.016235 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list