CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19446|Reply: 0

[Kedah] Mohon sertai semula PAS, bekas ADUN Perlis reda sebarang keputusan pucuk pimpinan

[Copy link]
Post time 2-2-2026 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Mohon sertai semula PAS, bekas ADUN Perlis reda sebarang keputusan pucuk pimpinan

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 1, 2026 @ 9:00pm





Bekas ADUN Bintong, Perlis, Fakhrul Anwar Ismail. - Foto fail NSTP



ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail yang digugurkan keahlian PAS sebelum ini, reda dan sedia menerima apa jua keputusan berhubung kedudukan terbarunya selepas ini.

Fakhrul Anwar sebelum ini bersama dua lagi bekas ADUN Perlis, Saad Seman (Chuping) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) mengemukakan permohonan menyertai semula PAS.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Majlis Syura Ulama PAS hari ini dengan semua permohonan itu akan diserahkan kepada setiausaha agung parti untuk pertimbangan PAS pusat.

"Saya reda dengan ketentuan Allah, sama ada memihak atau tidak memihak. Semuanya adalah ketentuan terbaik daripada Allah dan pasti ada hikmah untuk hamba Nya.

"Tenang-tenang saja dalam hidup ini," kata Fakhrul Anwar ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 24 Disember lalu, PAS menghentikan serta-merta keahlian Fakhrul Anwar, Saad dan Mohd Ridzuan selepas didakwa bersama lima ADUN BERSATU menandatangani akuan berkanun (SD) menarik sokongan kepada Menteri Besar ketika itu, Shukri Ramli.

Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan selepas itu dilaporkan berkata, walaupun tiada pilihan raya kecil, tiga kerusi itu kekal kosong sehingga PRU16 selepas mengambil kira perkembangan mutakhir, termasuk pendirian PAS yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1504262/mohon-sertai-semula-pas-bekas-adun-perlis-reda-sebarang-keputusan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.969735 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list