Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengumumkan dia mengundurkan diri sebagai penyampai dari stesen Sinar FM.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jep memaklumkan hari ini adalah Jumaat terakhir dia bertugas sebagai penyampai stesen radio berkenaan.
Sementara itu, Jep berkata tempoh selama 10 tahun berkhidmat adalah satu penjalanan yang panjang serta bersyukur dengan sokongan diterima.
Turut menjadi perhatian apabila Jep menyebut nama rakan seperjuangannya iaitu Shuib serta beberapa penyampai lain yang pernah bekerjasama dengannya.
“Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib.
“Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray,” katanya.
Dalam pada itu, Jep turut memohon maaf kepada semua rakan sekerjanya andai tersalah bicara atau terguris hati sepanjang mereka bekerjasama.
“Sepanjang tempoh 10 tahun ini mungkin ada gurauan, kata-kata yang tidak sedap didengar, atau terkasar bahasa. Tapi percayalah saya yakin semua itu hanyalah atas urusan kerja sahaja, tak ada lebih daripada itu,” katanya.
Post time 2-2-2026 10:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi headline?? Aku rasa... penampilan dia yg mcm x mandi 10 hari tu, yg lebih layak di issue kan.. "Jep kelihatan x mandi 10 hari selepas berenti Sinar" ha getoh.
Post time 2-2-2026 05:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
brainbiru replied at 2-2-2026 10:43 AM
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi h ...
Baru nk ckp...apesal selekeh sgtttt...mcm pengotir pun ada...bukan suruh jadi hensem tp at least kemas la sikit...level jutawan bini artis tp muka mcm gelandangan hamis sgt