CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 14584|Reply: 22

[Jenayah] Tikam mati ibu (eksekutif operasi di sebuah bank) anak lelaki diburu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 07:19 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Anak lelaki diburu bagi membantu siasatan kes ibunya ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Alor Setar, hari ini.
Mangsa, Zaharullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di ibu negeri ditikam pada bahagian dada kiri, selain di tapak tangan kiri.

Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang anak lelaki mangsa pada 8.45 pagi tadi yang memaklumkan pembunuhan ibunya.

Beliau berkata, mangsa ditemukan anaknya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah.

“Pemeriksaan menemukan tiga kesan tikaman termasuk pada bahagian atas dada kiri, selain kecederaan di pergelangan tangan serta kesan luka di bahagian kepala dan muka, serta luka kecil dan luka tikaman di tapak tangan kiri.
“Pemeriksaan juga mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang.

“Setakat ini motif pembunuhan masih disiasat dan polis percaya kejadian ini kemungkinan membabitkan anak mangsa,” katanya menurut Berita Harian.

Syed Basri berkata, mangsa dipercayai tinggal di rumah itu bersama tiga anaknya dan usaha menangkap suspek sedang dilakukan.

Polis turut meminta penama Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 28, untuk tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 07:21 AM | Show all posts
Mangsa maut ditikam anak bakal nikah Jumaat ini

ALOR SETAR: Eksekutif bank yang maut dipercayai ditikam oleh anaknya dalam kejadian di Tanjung Bendahara, di sini pagi tadi bakal melangsungkan perkahwinan kali kedua pada Jumaat depan.

Ibu tiri mangsa, Norsiah Yahya, 65, berkata, Allahyarham Zahrullail Basir, 52, bersama tunangnya berusia 57 tahun datang menziarahinya di Teluk Intan, Perak pada Selasa lepas untuk membincangkan majlis pernikahan dan persandingan pada 13 dan 14 Februari ini.


“Majlis akan diadakan di rumah kami di Teluk Intan dan arwah bersama tunangnya datang untuk berbincang persiapan terakhir. Arwah sungguh gembira untuk berkahwin semula dan semua persiapan sudah disediakan termasuk hantaran.


“Tidak sangka jadi begini, majlis perkahwinan itu akhirnya akan menjadi majlis tahlil,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara di sini hari ini.

Norsiah memberitahu, mereka menerima berita tentang kematian anak kedua daripada enam beradik itu kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum bergegas ke Alor Setar.

“Suami (Basir Kosop, 70) dapat panggilan daripada anak ketiga mangsa yang beritahu ibunya ditikam, menggigil kami semua. Saya dimaklumkan kejadian disedari anaknya itu yang cuba mengejut arwah ketika ingin ke kolej.

“Mangsa tinggal bersama tiga anak berusia 18, 13 dan lapan tahun. Sementara tiga anak lain berumur 29, 28 dan 25 tahun menetap di luar. Anak keempat arwah sempat cerita tentang kejadian bahawa terdapat kesan tikaman pada beberapa bahagian badan. Kejadian ini amat kejam dan kami tidak menyangka ia terjadi kepada arwah yang juga seorang anak yang bertanggungjawab dan prihatin dengan kami,” katanya.

Sementara itu, menurut adik mangsa, Zuriani, 47, mereka sekeluarga tidak menyangka perkara itu terjadi kepada arwah di saat-saat dia dilihat gembira kerana ingin memulakan hidup baharu.

“Arwah sudah lama hidup sendirian kerana digantung tidak bertali dan baru sahaja bercerai. Tidak lama lagi akan berkahwin dengan kawan lamanya, dia sungguh gembira. Namun ini kesudahannya.

“Kami masih menanti siasatan polis. Anak saudara saya ada maklum abangnya yang tinggal di Pulau Pinang pulang ke rumah mereka pada pukul 4 pagi tadi dan menghilangkan diri pagi ini. Polis giat burunya,” katanya yang memberitahu anak sulung kakaknya itu yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas jarang pulang ke rumah keluarganya.-UTUSAN.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 07:22 AM | Show all posts
Muka anak dari neraka...


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:39 AM | Show all posts

dadih ke ape ni based on barang2 berharga yg hilang

tp tgk muka mcm bukan



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah kenapa jadi begini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2026 08:49 AM | Show all posts
dadih ke ? kat rumah biru ke threads kata anak taguna ni hutang along keliling pinggang jugak.. arwah yg tlg membayo


haihh kekecik naper ko tak mampoih anak uiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:04 AM | Show all posts
Kalau time full moon memang emosi manusia akan triggered sebab tu kena kawal diri dan sebab itu juga ada protokol fullmoon parasit iaitu menjaga makan dan minum 5 hari sebelum fullmoon muncul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 10:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:34 AM | Show all posts
vanilacup replied at 3-2-2026 10:04 AM
Kalau time full moon memang emosi manusia akan triggered sebab tu kena kawal diri dan sebab itu juga ...

2-3 hari ni supermoon lagi ke

nmpk bulan lebih besar daripada biasa


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:44 AM | Show all posts
aku tak faham baca berita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:45 AM | Show all posts
ibu tiri mangsa tu bukan bakal mak mertua ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 3-2-2026 10:45 AM
ibu tiri mangsa tu bukan bakal mak mertua ke

Bakal mak mertua mana pula ni? Yg nak kawin tu mangsa, bkn anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:25 PM | Show all posts
Suspek anak sulung tu katanya banyak pinjam ah long. Mak pulak yg kena bayar. Tah apa ditengkarnya sampai nak tikam mak tu 3 kali. Mesti taik judi ni. Udoh kena tangkap. Reti plak nak lari sana sini. Takde telor nak serah diri.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Al Fatihah urk arwah..katanya ank yg bunch tu Ada hutang dgn ah long
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilah, Salam takziah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang along patut minta tolong mca
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 01:43 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 3-2-2026 10:34 AM
2-3 hari ni supermoon lagi ke

nmpk bulan lebih besar daripada biasa

biasanya selepas hari yg ke 15 ada beberapa hari lagi masih besar bulannya selepas Jumaat baru jadi bulan sabit balik..begitulah setiap bulan keadaannya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 3-2-2026 07:22 AM
Muka anak dari neraka...

Tadaq baik la...belum ada kepastian lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 3-2-2026 10:44 AM
aku tak faham baca berita ni..

ada dua cerita kt sini..'editing' tu rasa baru berlajar...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.835736 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list