CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14013|Reply: 0

[Sabah] Masakan Peranakan konsep istimewa Hyatt Centric Kota Kinabalu sempena Ramadan

[Copy link]
Post time 3-2-2026 08:43 AM | Show all posts |Read mode


ISTIMEWA: Chef Sharon menunjukkan salah satu hidangan yang akan disajikan sempena bufet Ramadan di Hyatt Centric Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Hotel Hyatt Centric Kota Kinabalu tampil dengan satu lagi kelainan istimewa dengan membawakan konsep 'Peranakan Heritage Ramadan' untuk tawaran menu bufet Ramadan tahun ini.

Istimewanya, kali ini Hyatt Centric menjalin kolaborasi bersama Pengasas yang juga Penaung Chef Nyonya Supperclub KL yang terkenal di Kuala Lumpur iaitu Chef Sharon Ann De Souza.

Kolaborasi ini menampilkan masakan Peranakan yang berasaskan tradisi, hasil sentuhan chef yang berpengalaman dengan mengekalkan keaslian resipi Baba Nyonya dan Kristang Melaka yang disesuaikan dengan selera kontemporari.



HIDANGAN: Kepelbagaian hidangan masakan Peranakan yang asli untuk sajian Ramadan.

Menurut kenyataan Hotel Hyatt Centric, idea berkenaan direka khas untuk pengunjung yang menghargai nilai budaya dan pengalaman peribadi untuk merasai keenakan hidangan masakan Peranakan.

Konsep ini juga sekali gus memberi satu pengalaman baharu kepada pengunjung di Hyatt Centric Kota Kinabalu menerusi kolaborasi pertama ini di Sabah.

Chef Sharon Ann sememangnya dikenali dengan pendekatan memasak yang menitikberatkan ketelitian dan kesabaran, sebagaimana yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

Komitmen beliau terhadap keaslian masakan turut menarik perhatian peminat tempatan dan pelancong antarabangsa, selain menerima liputan meluas pihak media.

Selain itu, Sharon turut berperanan sebagai Perunding Peranakan bagi beberapa institusi ternama.



KOLABORASI: Jalinan kolaborasi Chef Sharon bersama pasukan Hyatt Centric Kota Kinabalu menampilkan 'Peranakan Heritage Ramadan'.

Sempena Ramadan tahun ini, Hyatt Centric Kota Kinabalu menampilkan hidangan hasil ciptaan Sharon untuk sajian berbuka puasa dengan konsep perkongsian, berwarna-warni dan penuh karakter.

Antara hidangan pembuka selera yang ditawarkan termasuk Acar Awak, Kerabu Bokni, Choon Pneah berinti ketam, Sambal Timun serta Nasi Ulam yang dihasilkan dengan campuran herba dan bahan tradisional.

Menu utama pula menampilkan pelbagai hidangan klasik Nyonya seperti Cili Garam, Daging Gerang Assam, Ayam Buah Keluak, Udang Masak Lemak, Gerang Assam Pari, Itek Masak Sio dan Opor Ayam, yang sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan ketika berbuka puasa.

Pengalaman menikmati hidangan berkonsepkan 'Peranakan Heritage Ramadan' ini ditawarkan sepanjang bulan Ramadan dalam tempoh terhad.

Ia sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menikmati warisan kulinari Peranakan dalam suasana moden di pusat bandar Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, pelanggan yang terlepas tawaran promosi masih boleh membuat tempahan bermula 1 Februari 2026 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 012-9852048 untuk maklumat lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.243048 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list