CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13682|Reply: 0

[Sabah] PPS dibuka tempatkan 310 mangsa kebakaran di Tawau

[Copy link]
Post time 3-2-2026 08:53 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan/BERNAMA

TAWAU: Sebuah pusat pemindahan sementara  (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Kompleke Sukan Tawau di sini pada 5 petang semalam bagi menempatkan mangsa kebakaran melibatkan 40 rumah di Kampung Titingan pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau Mohd Shoffian Mohd Said berkata susulan kejadian itu, Tawau diisytiharkan sebagai kawasan bencana kebakaran.

"Pengisytiharan ini dibuat berdasarkan laporan serta maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi berkaitan dalam JPBD," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan setakat ini seramai 310 mangsa membabitkan 70 ketua rumah direkodkan terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Menurut kenyataan itu, mangsa terdiri daripada 104 lelaki, 102 wanita, 50 kanak-kanak lelaki dan 54 kanak-kanak perempuan, dengan jumlah mangsa ini dijangka meningkat.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau melaporkan kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.



Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.125659 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list