CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13424|Reply: 0

[Sarawak] PBK cabar Ahli Parlimen GPS bentang usul pulih hak minyak dan gas Sarawak di Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 3-2-2026 09:07 AM | Show all posts |Read mode


Voon (kiri) bersama pimpinan PBK yang lain semasa sidang media di Sibu, hari ini.

SIBU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) hari ini melancarkan cabaran terbuka kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta semua Ahli Parlimen Sarawak supaya membentangkan satu usul di Dewan Rakyat berhubung pemulihan hak minyak dan gas Sarawak, atau menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka enggan berbuat demikian.

Presidennya Voon Lee Shan berkata, Ahli Parlimen GPS tidak seharusnya takut untuk membentangkan usul berkenaan sekiranya benar-benar mempertahankan Sarawak.

“Usul itu tidak bersifat menghasut, tidak anti-Malaya dan tidak melibatkan sebarang unsur keganasan, sebaliknya bertujuan melindungi hak perlembagaan Sarawak.

“Rakyat Sarawak tidak meminta ucapan. Kami menuntut tindakan. Jika Ahli Parlimen GPS benar-benar mempertahankan Sarawak, tiada apa yang perlu ditakuti untuk membentangkan usul ini di Parlimen, dan PBK bersedia menyokong,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Antara usul yang dicadangkan oleh PBK ialah pemansuhan atau pindaan undang-undang persekutuan yang telah merampas pemilikan dan kawalan Sarawak dan Sabah ke atas sumber minyak dan gas mereka, pemulihan sepenuhnya hak perundangan dan hak milik kepada kerajaan negeri dan penamatan amalan PETRONAS menggunakan mahkamah untuk menekan atau mengatasi kuasa negeri tanpa kelulusan Parlimen.

Beliau berkata, pertikaian berhubung minyak dan gas Sarawak telah mencapai kemuncaknya apabila Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan terhadap Kerajaan Sarawak.

Voon menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak normal dan tidak boleh diterima kerana merupakan cabaran langsung terhadap kuasa perlembagaan negeri.

Menurutnya, isu berkenaan bukan sekadar pertikaian undang-undang, sebaliknya satu krisis perlembagaan dan pengkhianatan terhadap hak Sarawak sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.

“Selama beberapa dekad, Sarawak telah diminta untuk bersabar sementara sumber minyak dan gas kami yang secara perlembagaan adalah milik bumi ini - dikawal, dikawal selia dan dimonetisasi oleh Putrajaya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74) dan PETRONAS.

“Hari ini, ketidakadilan itu telah mencapai kemuncaknya apabila PETRONAS dan anak syarikatnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak sendiri,” tegasnya.

Voon turut menegaskan bahawa kegagalan Ahli Parlimen GPS untuk bertindak akan menyebabkan rakyat Sarawak membuat kesimpulan bahawa kerajaan negeri lebih melindungi kepentingan Putrajaya dan PETRONAS berbanding mempertahankan hak perlembagaan Sarawak, serta menjadikan laungan autonomi dan MA63 sekadar sandiwara politik.

“Bentangkan usul itu. Bahaskan secara terbuka. Undi supaya sejarah mencatat siapa yang berdiri untuk Sarawak dan siapa yang berdiri bersama PETRONAS.

“Jika pihak lain enggan bertindak, PBK akan bertindak,” katanya sambil menegaskan pendirian bahawa minyak dan gas Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan sebarang undang-undang yang menyatakan sebaliknya mesti dimansuhkan atau dipinda.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053246 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list