CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13066|Reply: 0

[Sarawak] Graduan pendidikan perguruan harus jadi keutamaan dalam pengambilan guru baharu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 09:15 AM | Show all posts |Read mode


ZULKIFLEE

KUCHING: Pelaksanaan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak atau Contract of Service (CoS) perlu memberi keutamaan kepada graduan pendidikan yang telah menjalani latihan perguruan secara formal dan berstruktur.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli berkata, dasar pengambilan itu dilihat tidak adil dan bercanggah dengan prinsip keutamaan profesional kerana individu tanpa latar belakang pendidikan diberi peluang dilatih menjadi guru.

Sementara katanya, graduan pendidikan yang telah menjalani empat tahun latihan perguruan serta mempunyai pengalaman mengajar sehingga dua tahun masih tidak dipanggil temu duga apatah lagi ditawarkan penempatan.

“Justeru, tidak wajar individu yang tiada latar belakang pendidikan sibuk dilatih menjadi guru, sedangkan graduan pendidikan yang telah menjalani empat tahun latihan dan mempunyai pengalaman mengajar masih diketepikan daripada proses temu duga dan penempatan.

“Amalan sebegini bukan sahaja melemahkan motivasi graduan pendidikan, malah berisiko menjejaskan kualiti pengajaran serta membazir pelaburan kerajaan dalam latihan perguruan,”katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Zulkiflee menambah, situasi itu jelas menimbulkan persoalan serius tentang hala tuju perancangan sumber manusia pendidikan negara serta tahap pengiktirafan terhadap latihan keguruan yang dilalui secara formal dan berstruktur.

“Meskipun kita menyambut baik pengambilan jawatan guru baharu dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

“Pelaksanaan pengambilan berskala besar ini seharusnya memberi keutamaan kepada graduan pendidikan dan guru berpengalaman yang telah dilatih,” tegasnya.

Sehubungan itu, Zulkiflee berkata, KGBS menggesa pihak berwajib menilai semula dasar pengambilan guru secara adil dan telus.

Pengambilan perlu menekankan pengalaman serta latihan pendidikan sebagai kriteria utama.

“Tindakan ini selari dengan aspirasi RPM 2026–2035, demi menjaga maruah profesion keguruan dan kelestarian sistem pendidikan negara,” ujarnya.

Pada Jumaat, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan permohonan pengambilan 20,000 PPP Gred DG9 secara lantikan kontrak atau CoS akan dibuka dari 2 hingga 20 Mac ini bagi memenuhi keperluan guru seluruh negara.

Dr Mohd Azam berkata, hebahan rasmi pengambilan akan dibuat pada 23 Februari manakala proses saringan dan temu duga dijadualkan dari 27 April hingga 14 Mei dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Beliau berkata, inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebahagian persiapan awal Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan RPM 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun hadapan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.044163 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list