CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4237|Reply: 0

[Sarawak] Cahaya Darul Hana simbol solidariti, kesedaran kanser sempena Hari Kanser Sedunia 2026

[Copy link]
Post time 3-2-2026 09:22 AM | Show all posts |Read mode


Hanifah (lima kanan) menerima buku Panduan Pesakit Kanser daripada Penasihat SCAN Datin Dayang Mariani Abang Zain (empat kiri) selepas perasmian majlis itu di Tebingan Kuching, malam tadi.

KUCHING: Penataan cahaya pada Jambatan Darul Hana, air pancut berirama serta Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menjadi simbol solidariti, harapan dan kesedaran terhadap perjuangan melawan kanser bersempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 peringkat bahagian Kuching yang diadakan di Tebingan Kuching, malam tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hanifah Hajar Taib sambil menyatakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuhkan kesedaran awam akan pencegahan awal serta sokongan menyeluruh terhadap pesakit kanser.

"Sambutan World Cancer Day bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya satu peringatan bahawa kanser adalah tanggungjawab bersama seluruh masyarakat tanpa mengira usia, kaum dan latar belakang.

“Kanser tidak mengenal siapa kita. Ia memberi kesan kepada individu, keluarga dan komuniti. Justeru, sokongan moral, kasih sayang serta empati masyarakat adalah kekuatan besar kepada mereka yang sedang berjuang melawan penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 Peringkat Kuching itu yang turut dihadiri Presiden Persatuan Advokasi dan Kesedaran Kanser Kuching (SCAN) Chris Cheng.

Hanifah menyeru agar masyarakat menggantikan stigma dan ketakutan terhadap kanser dengan kefahaman, sokongan dan kesedaran, selain menggalakkan pemeriksaan kesihatan serta saringan kanser secara berkala sebagai langkah pencegahan awal.

Mengulas tema Hari Kanser Sedunia 2026, ‘United by Unique’, beliau berkata tema tersebut mencerminkan keperluan untuk masyarakat bersatu dalam sokongan, meskipun setiap perjalanan pesakit kanser adalah berbeza.

“Pesakit kanser tidak harus disisihkan. Mereka memerlukan sokongan emosi, fizikal dan sosial daripada keluarga serta masyarakat sepanjang proses rawatan,” ujarnya.

Justeru, beliau turut merakamkan penghargaan kepada SCAN di atas usaha berterusan dalam advokasi, pendidikan kesedaran kanser dan kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Cheng dalam ucapan beliau menegaskan bahawa sambutan Hari Kanser Sedunia menjadi platform global untuk memperkukuhkan kesedaran, pencegahan, rawatan dan solidariti terhadap semua pihak yang terkesan akibat kanser.

“Tema ‘United by Unique’ mengingatkan kita bahawa setiap pesakit mempunyai perjalanan yang berbeza, namun kita semua bersatu dalam nilai kemanusiaan, empati dan sokongan.

Pada masa sama, beliau turut menyentuh isu kesukaran pesakit Sarawak yang terpaksa berulang-alik jauh bagi mendapatkan rawatan, serta menyifatkan penubuhan Hospital Kanser Sarawak sebagai simbol harapan besar kepada rakyat negeri ini.

“Hospital Kanser Sarawak bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi lambang harapan agar pesakit dapat menerima rawatan lebih dekat dengan keluarga dan komuniti mereka,” ujarnya, sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan atas kerjasama merealisasikan projek tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.281931 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list