CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12606|Reply: 0

[Sarawak] Kestabilan politik di bawah GPS kunci kepada kemajuan kawasan pedalaman

[Copy link]
Post time 3-2-2026 09:29 AM | Show all posts |Read mode


Pastor Balan Bandar (depan sekali) mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan untuk Dennis (sembilan kanan) dan barisan exco PBB Teang Usan lain, semasa majlis makan malam tersebut.  

MIRI: Agenda pembangunan dan kesinambungan kepimpinan merupakan benteng utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan, dengan menegaskan bahawa kestabilan politik di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah kunci kepada kemajuan kawasan pedalaman itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, rekod pembangunan menyeluruh sepanjang tiga penggal perkhidmatan beliau menjadi asas kukuh parti untuk terus mempertahankan kawasan berkenaan daripada ketidaktentuan politik yang boleh menjejaskan perancangan jangka panjang.

“Pembangunan tidak berlaku secara kebetulan. Ia memerlukan kestabilan politik, kepimpinan yang konsisten dan kepercayaan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu 2026 PBB Telang Usan di sini, malam Sabtu, yang dihadiri lebih 600 ahli parti, pemimpin masyarakat dan penyokong.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Politik Premier Sarawak Dominic Nyurang Ajang serta disertai kehadiran kukuh sayap Wanita PBB, Pemuda PBB dan Pergerakan Belia 18-28, sekali gus mencerminkan kesiapsiagaan jentera parti dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Dennis berkata, Telang Usan yang merangkumi 88 kampung dan penempatan pedalaman memerlukan kesinambungan kepimpinan bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berfasa dan berkesan.

Antara kejayaan yang diketengahkan ialah pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar serta jambatan strategik termasuk Jambatan Long Lama, Sungai Temala’, Sungai Paong, Long Apu, Sungai Tutoh, Jambatan Gantung Long Luteng dan Jambatan Sungai Buang, yang menurutnya menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi dan pergerakan penduduk.

Dalam aspek utiliti asas, beliau berkata hampir semua kampung dan rumah panjang di DUN N.77 Telang Usan kini menikmati bekalan elektrik 24 jam melalui sistem solar hibrid dan Skim Pembekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) manakala liputan air bersih terus diperluas menerusi pembinaan loji rawatan air di beberapa kampung.

Sebuah loji rawatan air baharu bernilai kira-kira RM30 juta di pekan Long Lama kini dalam perancangan, sekali gus menjadi bukti komitmen berterusan kerajaan GPS terhadap keperluan asas rakyat di pedalaman.

Sektor kesihatan dan pendidikan turut dijadikan antara naratif utama mempertahankan Telang Usan, dengan pembinaan Klinik Kesihatan Kelas 5 Long San yang kini sedang berjalan, selain kejayaan SMK Long Bedian melahirkan kohort pertama pelajar Tingkatan Lima dengan kadar kelulusan SPM 100 peratus.

Dennis turut menegaskan bahawa Telang Usan perlu keluar daripada pergantungan kepada bantuan semata-mata dengan menampilkan agenda ekonomi berimpak tinggi.

Antaranya ialah cadangan projek ladang solar bersepadu bernilai kira-kira RM2 bilion di kawasan Temala berhampiran Long Lama serta inisiatif penanaman buluh berasaskan komuniti dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA) yang menerima hampir 1,000 permohonan.

“Ini adalah pelaburan masa depan. Ia bukan sahaja menjana ekonomi, tetapi membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing rakyat tempatan,” katanya.

Dennis juga mengingatkan bahawa sebarang perubahan politik yang bersifat jangka pendek hanya akan menggugat hala tuju pembangunan Telang Usan, berbanding pendekatan GPS yang menekankan kesinambungan, pengalaman dan rekod pencapaian.

Dalam hal keagamaan, beliau berkata hampir RM10 juta telah disalurkan kepada gereja dan rumah ibadat lain di Telang Usan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sejak penubuhannya.

Menurut Dennis, hampir semua resolusi yang dikemukakan oleh pemimpin masyarakat ketika beliau mula memegang jawatan kini telah direalisasikan, sekali gus membuktikan keberkesanan kepimpinan berterusan di bawah GPS.

“Perjalanan kita belum berakhir. Lima tahun akan datang perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh rangkaian jalan raya, memperluas peluang ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, memperkasa belia dan memastikan kehidupan rakyat yang lebih seimbang serta makmur,” katanya.

Beliau menyeru penduduk Telang Usan agar terus memberi sokongan kepada PBB dan kerajaan GPS, sambil menegaskan bahawa kesinambungan kepimpinan dan rekod pencapaian merupakan modal politik utama parti itu menjelang sebarang pertandingan pilihan raya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.414485 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list