CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3761|Reply: 0

[Sarawak] Kejayaan Sarawak hasil kestabilan politik, kepimpinan konsisten

[Copy link]
Post time 3-2-2026 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Ahli SUPP, rakyat Sarawak digesa bersatu, berpegang teguh kepada nilai murni, tumpu kepada pembangunan bakat



Dr Sim (lima kanan) bersama pemimpin SUPP yang lain memotong kek sebagai simbolik Ulang Tahun Ke-39 SUPP Cawangan Batu Lintang.

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menggesa ahli parti dan seluruh rakyat Sarawak terus bersatu, berpegang teguh kepada nilai-nilai murni serta memberi tumpuan kepada pembangunan bakat.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata kejayaan Sarawak kini dibina hasil kestabilan politik dan kepimpinan yang konsisten selama beberapa dekad.

Beliau turut menggesa ahli parti dan orang ramai memberi tumpuan kepada penglibatan yang konstruktif, bukannya politik yang bersifat merosakkan.

“Pembinaan negara amat sukar dalam suasana yang berpecah-belah.

“Sebuah masyarakat yang sentiasa menyerang institusinya sendiri akan sukar untuk bergerak maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-39 SUPP Cawangan Batu Lintang dan sambutan Tahun Baharu Cina Tahun Kuda di sebuah restoran di sini, malam Sabtu.

Dr Sim berkata, majlis tersebut bukan sahaja meraikan 39 tahun khidmat SUPP Cawangan Batu Lintang, malah turut menandakan 67 tahun sumbangan SUPP dalam penubuhan dan pembangunan Sarawak.

Ini katanya, sekali gus membuktikan parti itu sebagai parti politik tertua di negeri ini yang masih kekal relevan dan aktif.

“Banyak parti telah lenyap ditelan masa. SUPP masih kekal kerana ia setia kepada tujuan asalnya, sebuah parti berbilang kaum yang berjuang semata-mata untuk Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai transformasi Sarawak, Dr Sim berkata negeri ini suatu ketika dahulu dipandang rendah, namun kini semakin dihormati dan dilihat sebagai model pentadbiran, hasil kestabilan serta perancangan jangka panjang.

“Sarawak hari ini bukan lagi seperti 10 atau 14 tahun lalu. Menjelang 2030, ia akan menjadi lebih berbeza dan penghormatan terhadap Sarawak kini melangkaui Malaysia,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kekuatan ekonomi semata-mata tidak mencukupi, sambil menekankan bahawa kelangsungan pertumbuhan memerlukan kesinambungan kepimpinan dan pembangunan bakat.

“Pembangunan bukan sekadar soal kekayaan. Persoalan sebenar ialah sama ada kita mempunyai insan yang mampu meneruskan usaha ini. Sebab itulah pendidikan dan nilai amat penting,” katanya.

Dr Sim turut menggesa rakyat Sarawak agar berbangga dengan kejayaan profesional kelahiran Sarawak yang berjaya di peringkat antarabangsa, sambil menyatakan pencapaian mereka mencerminkan keupayaan negeri ini dalam melahirkan bakat yang berdaya saing.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden SUPP Dato Sri Richard Riot Jaem, Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng, Pengerusi SUPP Cawangan Kota Sentosa Wilfred Yap, Pengerusi SUPP Cawangan Batu Lintang Sih Hua Tong serta Setiausaha SUPP Cawangan Batu Lintang Prof Dr Wang Yin Chai yang juga pengerusi penganjur majlis.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.157535 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list