CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3735|Reply: 0

[Sarawak] Sambutan Thaipusam di Kuching catat pelbagai pengalaman baharu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-2-2026 09:50 AM



Seorang penganut telah dicucuk pipinya sebelum perarakan. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Banyak pengalaman baharu telah disaksikan semasa sambutan Thaipusam tahun ini yang dianjurkan oleh Kuil Sri Srinivasagar Kaliamman, di sini yang mencipta kenangan yang kekal dalam ingatan.

Bagi kebanyakan orang, perayaan Thaipusam adalah perayaan untuk menghormati Dewa Murugan, dewa Hindu yang melambangkan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan, pengabdian dan penebusan dosa.


KIERON LONG

Bagi seorang pemuda berdarah kacukan Cina-Inggeris, Kieron Long, Thaipusam dirakam buat pertama kali melalui lensa kameranya, Leica SL2.

"Salah seorang rakan baik berketurunan India dan pernah bermain bersama saya dalam pasukan bola sepak mencadangkan agar saya datang dan menghadiri acara ini.

"Dia tahu hobi saya ialah fotografi dan saya telah mengambil gambar untuk beberapa projek fotografi sebelum ini...justeru saya fikir saya patut datang dan melihat acara popular ini di Kuching," katanya kepada The Borneo Post sebelum perarakan di Jambatan Satok pagi ini.

Long mengakui beliau tidak pasti apa yang diharapkan daripada sambutan tahun ini yang memberinya peluang dan menganggap ia sebagai satu perjalanan dan penerokaan.

"Biasanya, saya tidak pernah mengambil gambar festival kerana saya tahu akan ada jurugambar lain, jadi saya ingin mengambil gambar sesuatu yang berbeza daripada apa yang dilakukan oleh orang lain," katanya yang berlatar belakang perniagaan yang kukuh.

Selain Long, pasukan Borneo Post mendapati ramai jurugambar bebas lain turut datang untuk mengambil gambar sepanjang perayaan Thaipusam kali ini.



Surash mencukur rambut seorang budak lelaki berusia 7 tahun yang ditemani oleh ibu bapanya. - Gambar Roystein Emmor
Sementara itu, bagi seorang budak lelaki berusia 7 tahun, kepalanya dicukur sepenuhnya buat pertama kali sebagai ikrar untuk membantunya belajar dengan lebih baik, walaupun air mata mengalir di pipinya.

"Dia menangis kerana ia menyakitkan namun berhenti menangis selepas itu kerana dia berasa sejuk," jelas lelaki yang mencukurnya, Surash Kanagaretanan, 54.

Menurut Surash, proses mencukur kepala merupakan satu tindakan kebaktian yakni satu persembahan (kanikai) kepada Dewa Murugan serta simbol kerendahan hati dan pembersihan rohani.

"Itulah sebabnya mereka mencukur rambut...mereka boleh memilih untuk melakukannya di sini, sebelum perarakan di Jambatan Satok atau di kuil," katanya.

"Itulah pada dasarnya. Ia dilakukan supaya nazar mereka membawa keberkatan. Bagi kanak-kanak yang sangat kecil, bercukur mungkin agak sukar tetapi bagi mereka yang berumur lebih daripada tujuh tahun, ia lebih mudah."


RASIVEN IYER

Rasiven Iyer, 24, seorang pelajar sarjana muda memberitahu ini kali pertama dia berkongsi penggunaan daun pisang sebagai sebahagian daripada upacara kavadi kepada media yang membuat liputan acara.

Katanya, daun tersebut berfungsi sebagai alas permukaan untuk meletakkan 'paalkudam' (periuk susu) supaya tidak kotor disebabkan habuk tanah.

Rasiven juga berharap agar sempena ketibaan Thaipusam tahun ini masyarakat berbilang di Sarawak terus mengekalkan keamanan dan keharmonian di negeri ini.

Terdahulu, lebih 100 penganut berarak sejauh 5km dengan ada yang membawa kavadi serta terdapat peserta dilihat mengimbangi paalkudam di atas kepala mereka.

Sambutan bermula seawal jam 7 pagi dengan upacara mandi sungai suci di Tebing Sungai Satok sebelum berarak melalui Jalan Kulas, Jalan Satok, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Taman Budaya, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Lorong Park dan Jalan Ban Hock sebelum berakhir di Kuil Sri Srinivasagar Kaliamman.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.515959 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list