CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

YTL Power, Jepun bida projek jana kuasa di Indonesia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
YTL Power International Bhd mengadakan usaha sama dengan sebuah syarikat Jepun untuk meninjau potensi membida projek pembinaan jana kuasa 2,000 MegaWatt (MW) di Indonesia.\rPengarah Eksekutifnya, Datuk Yeoh Seok Hong, berkata usaha sama itu  untuk mengukuhkan penerokaan syarikat itu di Indonesia sejajar usahanya meluaskan lagi sumbangan pendapatan daripada segmen perniagaan tenaganya.\r\n\n\n\n\r  “Ketika ini, kami agak sibuk meninjau peluang meraih projek berpotensi khususnya beberapa projek pembinaan jana kuasa di Indonesia.\r\r\n\n\n\n\n“Kami mewujudkan usaha sama dengan sebuah syarikat Jepun dalam penerokaan di Indonesia ini dan jika ada peluang kami akan lakukan,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung kos dan tarikh projek berkenaan.\rBeliau berkata demikian dalam temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSementara itu, Seok Hong berkata, sejajar usaha YTL Power meluaskan operasi perniagaan utilitinya, syarikat berkenaan kini giat mencari pasaran baru untuk diterokai khususnya sekitar Afrika dan Asia Barat.\rKatanya, kedua-dua pasaran itu menawarkan potensi cerah ketika ini dan pihaknya tidak menolak mempertimbangkan langkah mengambil alih beberapa syarikat  terbabit dalam operasi utiliti di sana.\r\n\n\n\n\r“Selain negara serantau, kami juga meninjau untuk meluaskan operasi perniagaan utiliti di Afrika dan Asia Barat.\r“Kami mempunyai pakar terbaik pada peringkat global dan jika ada peluang dalam sektor ini kami akan sentiasa mengkaji dan meninjau potensinya,” katanya.\rMengenai prestasi syarikat, beliau berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran pertumbuhan pendapatan antara 10 hingga 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun tahun ini.\rKatanya, sumbangan terbesar dijangka diperoleh daripada segmen tenaganya menerusi aset jana kuasa anak syarikatnya di luar negara.\r“Seperti tahun sebelum ini,  80 peratus pendapatan syarikat adalah daripada operasi luar negara, dan kami bersedia untuk meluaskan lagi operasi dalam sektor terbabit,” katanya.\rKetika ini, pertumbuhan kukuh pendapatan segmen perniagaan utilitinya dipacu aset utama syarikat itu seperti dua jana kuasa di Malaysia iaitu Paka dan Pasir Gudang, Janakuasa PowerSeraya (Singapura), Janakuasa PT Jawa Power (syarikat Indonesia dengan pegangan saham 35 peratus) serta Wessex Water Lied, anak syarikat milik penuhnya di United Kingdom (UK).\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038950 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list