CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

Sapuracrest, GE jalin kerjasama

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Buka Pusat Perkhidmatan Serantau di Shah Alam  babit pelaburan RM10.6j\rSAPURACREST Petroleum Bhd terus memantapkan lagi perniagaan terasnya dalam segmen perkhidmatan minyak dan gas menerusi pembentukan kerjasama dengan GE Oil & Gas bagi membuka Pusat Perkhidmatan Serantau bagi sektor itu di Shah Alam, Selangor  membabitkan pelaburan AS$3.5 juta (RM10.6 juta).\r\n\n\n\n\r  Penubuhan pusat itu akan membolehkan kedua-dua syarikat menyokong operasi syarikat minyak dan gas utama di rantau ini termasuk PETRONAS yang mempunyai perjanjian global dengan GE bagi pembekalan pemampat serta turbin gas.  \r   \r\n\n\n\n\n  Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahril Shamsuddin, berkata pusat itu menyediakan keupayaan perkhidmatan canggih bagi menyokong pemasangan perkakasan kapal milik GE di Malaysia dalam sektor minyak dan gas.\rKatanya, Pusat Perkhidmatan Serantau itu turut menyediakan perkhidmatan pemasangan mesin turbo berkaitan minyak dan gas, termasuk penyelenggaraan dan pembaikan, rekaan yang meningkatkan prestasi dan kecekapan serta pemasangan perkakasan berteknologi tinggi.      \r“Kerjasama ini membolehkan Pusat Perkhidmatan Serantau menawarkan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan kami di rantau ini bagi mengekalkan pengeluaran perkakasan mereka bagi sektor minyak dan gas pada tahap prestasi kemuncak.  \r“Sapura sudah melabur kira-kira RM12 juta lebih setahun lalu bagi menyediakan kemudahan ini untuk membangunkan keupayaan, proses dan kemudahan menepati piawaian standard,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Perkhidmatan Serantau itu di Shah Alam, Selangor, semalam.\r\n\n\n\n\rIa dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama, Ketua Eksekutif General Electric (GE) ASEAN, Stuart Dean dan Ketua Eksekutif Petronas Carigali, Datuk Abdullah Karim.  \rPusat berkeluasan 24,000 meter persegi itu sudah dibuka sejak 10 tahun lalu, ketika itu hanya menawarkan perkhidmatan pembaikan komponen turbin gas.\rDalam pada itu, Shahril berkata, Sapura Group sudah mengeksport perkhidmatannya bernilai lebih RM1 bilion di rantau ini termasuk Australia, Jepun dan India. \r“Kami juga sedang meninjau peluang penerokaan pasaran di Asia Barat dan juga membida bagi membolehkan kami memperluaskan perkhidmatan ke Brazil,” katanya. \rSementara itu, Mustapa berkata, Malaysia dijangka menerima lebih banyak pelaburan daripada syarikat minyak dan gas antarabangsa, didorong usaha berterusan kerajaan dalam menjadikannya sebagai pusat perkhidmatan minyak dan gas global.    \r“Sektor minyak dan gas kini sedang pesar berkembang. Di bawah Program Transformasi Ekonomi, kerajaan mensasarkan sektor ini akan menyumbang sebanyak 42 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan.\r“Bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah melatih lebih ramai jurutera berkelayakan bagi industri ini. Jika kita mahu mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan lebih ramai graduan dalam bidang ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.093599 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list