|
SURUHANJAYA sekuriti (SC) memasukkan 24 sekuriti berlandaskan syariah yang baru dan mengeluarkan lima yang lain, justeru, menjadikan keseluruhannya 847 kaunter dalam senarai itu di Bursa Malaysia.\rSC berkata, dengan tambahan itu, saham berlandaskan syariah mewakili 89 peratus daripada 957 sekuriti yang disenarai di bursa tempatan itu.\r\n\n\n\n\r Pengawal selia pasaran modal itu dalam kenyataannya berkata, ia juga menunjukkan, sekuriti berlandaskan syariah sudah mewakili semua sektor industri.\r\r\n\n\n\n\n Sekuriti berlandaskan syariah baru yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah termasuk APFT Bhd, Asia Bioenergy Technologies, Asia Media Group, Benalec, Berjaya Food, Biolermech Holdings, Careplus Group dan Petronas Chemicals Group. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|