CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Khidmat Bank Muamalat dipertingkat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Pelanggan  boleh berurusan di 400 cawangan POS Malaysia seluruh negara hujung tahun\rBANK Muamalat Malaysia Bhd akan mula menawarkan perkhidmatan perbankan pelanggannya menerusi lebih 400 cawangan POS Malaysia Bhd di seluruh Malaysia termasuk di kawasan luar bandar menjelang hujung tahun ini.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Abdul Wahid, berkata perbincangan dengan POS Malaysia sudah dimulakan minggu ini dan dijangka dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, kerjasama itu penting kepada bank sebagai langkah pertamanya untuk menerapkan konsep POS-Bank dalam operasinya seperti mana yang dilaksanakan kebanyakan bank terkemuka di dunia.\r“Menerusi kira-kira 400 pejabat pos, mereka boleh membantu kami meningkatkan jumlah saluran perbankan dengan menyediakan perkhidmatan deposit dan pengeluaran wang di semua cawangannya di seluruh negara.\r“Kami sedang berbincang dengan POS Malaysia untuk mulakan kerjasama yang kecil dulu, hanya untuk peringkat awal sebelum meninjau potensi meluaskan kerjasama ini,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Glenmarie Properties Sdn Bhd di Shah Alam, semalam.\rPada majlis itu, Mohd Redza mewakili Bank Muamalat manakala Glenmarie Properties diwakili Ketua Eksekutifnya, Ahmad Ridzal Ahmad.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dan Pengarah Harta dan Prasarana Kumpulan DRB-Hicom, Siti Mariam Mohd Desa.\rMOU itu akan membolehkan kedua-dua kumpulan berkenaan membangunkan pakej pembiayaan perumahan khusus, Glenmarie-Muamalat Home Ownership Made Easy (Home).\rMengulas perkembangan itu, Siti Mariam berkata, pakej Home itu dibangunkan khusus untuk membiayai bakal pembeli projek hartanah Glenmarie Gardens dan Laman Glenmarie yang dibangunkan syarikat. \rKatanya, menerusi kerjasama itu, pembeli memperoleh pelbagai inisiatif unik seperti tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga 70 tahun atau tempoh pembiayaan maksimum 40 tahun, faedah kadar pembiayaan yang kompetitif dan kemudahan perkhidmatan pembayaran menerusi i-muamalat.com.my.\r“Pakej pembiayaan itu akan ditawarkan di cawangan Bank Muamalat terpilih sekitar Lembah Klang khusus untuk pelanggan yang berminat membeli hartanah di kedua-dua kawasan terbabit,” katanya.\rGlenmarie Gardens yang menawarkan 70 unit rumah ekslusif dua dan tiga tingkat akan dilancarkan dalam tiga fasa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.343105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list