CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran Asia ditutup rendah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Ketidakpastian isu hutang Eropah punca kegiatan pengambilan untungSEBAHAGIAN besar pasaran Asia ditutup rendah semalam berikutan kegiatan pengambil untung susulan ketidakpastian isu hutang Eropah, sementara penantian pengumuman perangkaan utama dan cuti umum di dua pasaran utama dunia turut menghambarkan minat pelabur.\rIndeks Tokyo jatuh 0.18 peratus atau 16.97 mata kepada 9,504.97, Korea Selatan turun 0.31 peratus atau 6.45 mata kepada 2,093.79 dan Australia jatuh 0.35 peratus atau 16.5 mata kepada 4,667.5.\r\n\n\n\n\rIndeks Hong Kong bagaimanapun meningkat 0.45 peratus, manakala China menjunam 0.13 peratus pada tengah hari atas kebimbangan pertumbuhan ekonominya akan mengalami kelembapan.\r\r\n\n\n\n\nDi Tokyo, peniaga sudah menjangkakan kelembapan dalam dagangan berdasarkan kekurangan insentif pembelian baru serta cuti di London dan New York.\rPelabur juga dilihat menunggu perangkaan utama Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan Jumaat ini iaitu perangkaan bagi pengeluaran industri dan Laporan Pekerjaan AS.\rBagi pasaran tukaran wang asing pula, perangkaan ekonomi AS yang tidak memberangsangkan Jumaat lalu, ditambah kelemahan jualan hartanah terus melemahkan dolar.\rBagaimanapun usaha berterusan kerajaan Greece menghadapi krisis mengekalkan kedudukan Euro.\r\n\n\n\n\rAhad lalu, Suruhanjaya Ekonomi Kesatuan Eropah (EU), Olli Rehn, berkata EU akan mengikut jejak Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menyekat bantuan bagi Jun jika Athens tidak melaksanakan langkah tambahan bagi menyelesaikan masalah kewangannya.\rHarga minyak mentah pula berada pada paras lebih rendah di tengah kebimbangan penularan hutang.\rKontrak utama New York, iaitu minyak mentah light sweet untuk Julai, turun 26 sen kepada AS$100,33 satu tong dan minyak mentah Brent North Sea untuk Julai turun 42 sen kepada AS$114,61 pada tengah hari.\rEmas dibuka pada AS$1,536.00 hingga AS$1,537.00 seauns di Hong Kong, meningkat daripada Jumaat lalu yang ditutup pada AS$1,523.00 hingga AS$1,524.00.\rDalam pasaran lain: Taipei meningkat 0.16 peratus atau 13.68 mata kepada 8,823.68, Manila ditutup, 0.48 peratus atau 20.73 mata meningkat kepada 4,295.24, Wellington ditutup 0.43 peratus atau 15.03 mata lebih tinggi kepada 3,542.99. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.758811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list