View: 102|Reply: 0
|
Gabungan, ambil alih bukan paksaan
[Copy link]
|
|
17 institusi perbankan Islam tempatan perlu bergabung elak ketinggalan dalam persainganSEBARANG penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dalam sektor kewangan di negara ini, khususnya membabitkan institusi perbankan Islam, seharusnya didorong kuasa pasaran dan bukannya kerana paksaan, kata Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd, Datuk Seri Zukri Samat.\rBeliau menegaskan, biar pasaran menentukan sama ada sesebuah institusi perbankan itu perlu untuk digabungkan ataupun diambil alih.\r\n\n\n\n\r “Ketika ini, sektor kewangan tempatan memiliki 17 institusi kewangan Islam, jadi sudah tiba masanya untuk peserta bergabung bagi meningkatkan lagi daya saing dan tidak ketinggalan dalam persaingan.\r\r\n\n\n\n\n “Namun, untuk terbabit dalam aktiviti M&A, undang-undangnya adalah ia harus didorong kuasa pasaran dan bukannya didorong oleh unsur paksaan,” katanya. \rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Islam Malaysia bagi 2010 kepada majlis agama Islam negeri dan pusat zakat negeri, di Kuala Lumpur semalam.\rHadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom.\rBeliau berkata demikian ketika ditanya sama ada institusi perbankan Islam di Malaysia harus terbabit dalam aktiviti M&A untuk lebih berdaya saing sama ada pada peringkat domestik ataupun antarabangsa.\r\n\n\n\n\rZukri berkata, seiring perubahan persekitaran perniagaan yang kini semakin sengit, ia mendorong institusi perbankan bersaiz sederhana dan kecil untuk turut meninjau melakukan penggabungan bagi meningkatkan daya saing.\r“Peserta perbankan (bersaiz sederhana dan kecil) kini tidak lagi mempunyai pilihan, sebaliknya terpaksa meninjau pilihan sama ada untuk bergabung atau diambil alih,” katanya.\rBaru-baru ini dilaporkan, DRB-Hicom Bhd yang menguasai 70 peratus kepentingan dalam Bank Muamalat menyatakan bahawa syarikat berkenaan berminat meninjau kemungkinan menggabungkan bank Islam yang dikuasainya itu dengan Bank Islam, bagi mewujudkan bank Islam mega, selaras liberalisasi sektor kewangan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.\rNamun, syarikat induk Bank Islam, BIMB Holdings Bhd dalam kenyataannya baru-baru ini mengumumkan bahawa buat masa ini ia tidak berminat untuk menggabungkan unit perbankannya dengan Bank Muamalat Bhd.\rTerdahulu, Bank Islam menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM11.5 juta bagi tempoh kewangan berakhir 2010 kepada pengendali zakat negeri.\rJumlah itu meningkat sebanyak 29.7 peratus daripada RM8.9 juta yang diserahkannya untuk tahun kewangan 2009 lalu.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|