CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Tajaan ringankan beban MSN anjur temasya

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BEBAN Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mengelolakan Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur 2011 bermula hari ini sedikit ringan apabila menerima tajaan dalam bentuk barangan dan wang tunai mencecah RM2 juta daripada 12 syarikat korporat.\rMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata dengan penajaan itu menyaksikan penganjuran temasya edisi ke-14 itu mengurangkan beban MSN.\r\n\n\n\n\r  “Kita akan pastikan syarikat berkenaan mendapat pulangan setimpal daripada tajaan ini dengan menempatkan logo atau simbol syarikat mereka di tempat strategik, ‘mesra kamera’ dan pandangan orang ramai. Lagipun, mereka bertuah kerana temasya ini mendapat liputan meluas daripada media cetak dan elektronik.\r\r\n\n\n\n\n  “Apa yang penting, syarikat berkenaan sedar sumbangan mereka bukan saja memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) tetapi juga jenama terkenal yang membantu memupuk semangat perpaduan dan patriotik menerusi sukan,” katanya.\rBeliau berkata demikian selepas menerima tajaan Telekom Malaysia sebanyak RM300,000, Sime Darby dan Nestle (RM100,000), Astro Arena (RM800,000) di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. Hadir sama Ketua Pengarah MSN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA XIV, Datuk Zolkples Embong.\rBerbeza dengan penganjuran SUKMA negeri sebelum ini, tiada kos menaik taraf atau pembinaan venue baru dengan kos penganjuran keseluruhan kira-kira RM8.5 juta.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.107240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list