CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75|Reply: 0

Kami sentiasa berpegang pada disiplin kewangan: Abdul Wahid

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) akan sentiasa berpegang kepada disiplin kewangan dalam mengendalikan cadangan penggabungannya dengan RHB Capital Bhd, kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.\rBeliau berkata, bank itu sangat berdisiplin dalam menjalankan urus niaga termasuk pengambilalihan pegangan utama dalam Kim Eng Securities bernilai RM4.3 bilion. \r\n\n\n\n\r “Kami percaya urus niaga (pengambilalihan Kim Eng) diterima dengan baik oleh pasaran dan kami sudah tentunya akan sangat berdisiplin dalam menangani urus niaga ini (RHB Capital),” katanya dalam wawancara dengan CNBC semalam. \r\r\n\n\n\n\n  Menjawab soalan mengenai sama ada beliau akan dapat menangani politik yang dikaitkan dengan urus niaga itu bagi mewujudkan situasi sama-sama menang, Abdul Wahid berkata: \"Saya tidak fikir ada sebarang kaitan politik.\r“Ini adalah semata-mata urus niaga komersial yang akan membawa nilai kepada semua pihak, sama ada CIMB atau Maybank,” tambahnya.\rMengenai sejauh mana Maybank akan bertindak agresif bagi bersaing untuk pengambilalihan itu tanpa membayar harga yang terlalu tinggi, Abdul Wahid berkata: “Kami akan melakukan sesuatu yang wajar kepada semua pemegang kepentingan.”\rSementara itu, pada majlis berasingan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar, berkata cabang pelaburan kerajaan itu secara umumnya menyokong cadangan penggabungan antara CIMB dengan RHB Capital.\r\n\n\n\n\rKhazanah adalah pemegang saham terbesar dalam CIMB dengan pegangan 28.6 peratus ekuitinya.\r“Asalkan ia mewujudkan nilai, kami secara umumnya menyokong dan CIMB telah menunjukkan rekod prestasi yang baik dalam mewujudkan nilai, jadi disiplin adalah kunci,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038888 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list