View: 105|Reply: 0
|
TPMB rangka piawaian makmal halal
[Copy link]
|
|
TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB), anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, membentuk pakatan strategik dengan Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) untuk bersama-sama merangka Piawaian Makmal Halal dan program pembangunan halal utama.\rSatu Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani kedua-dua syarikat itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran saintifik pada peringkat tempatan dan antarabangsa.\r\n\n\n\n\r HDC adalah sebuah syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan pensijilan, audit, dan perkhidmatan pemantauan.\r\r\n\n\n\n\n TPMB dalam kenyataannya semalam berkata, antara matlamat kerjasama strategik itu adalah mengasaskan program keusahawanan halal yang meliputi pembangunan produk halal, program pembangunan kontrak dan merangka serta melaksanakan program latihan dan rundingan halal khususnya untuk meningkatkan tahap kesedaran saintifik di dalam dan luar negara.\r“Usaha sama ini juga meliputi pembangunan produk, penyelesaian pengilangan kontrak atau sokongan bagi usahawan, pengilang kontrak yang dipantau oleh HDC dan sebarang program lain,” katanya.\rTPMB menyediakan analisis dan perkhidmatan makmal analitikal dalam menangani isu-isu penting berkaitan kualiti, keselamatan dan ketulenan makanan dan barangan atau produk pengguna yang lain.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|