CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Westports terbit sukuk Musharakah RM2 bilion

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
WESTPORTS Malaysia Sdn Bhd akan menerbitkan sukuk Musharakah membabitkan nilai sehingga RM2 bilion bagi membiayai keperluan modal kerja dan perbelanjaannya.\rKetua Eksekutifnya, Ruben Emir Gnanalingam, berkata bagi tujuan itu, kumpulan itu melantik AmInvestment Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd sebagai penasihat, pengatur dan pengurus bersama untuk program sukuk yang akan membabitkan tempoh sehingga 20 tahun itu.\r\n\n\n\n\r  “Kami telah menyiapkan hampir 70 peratus pekerjaan di 300 meter pertama Kontena Terminal 6, yang dijadual siap menjelang suku ketiga tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Penebus gunaan 11 juta kaki padu diperlukan untuk Kontena Terminal 6 hingga 9 juga berjalan seperti dijadualkan dan Fasa satu akan selesai menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.\rKetua Eksekutif Maybank Investment Bank, Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz, berkata selain mencapai objektif kecekapan kos dan fleksibiliti terbitan, syarat program sukuk itu juga telah di struktur untuk melengkapkan strategi korporat masa depan Westports.\rProgram sukuk Mushakarah adalah platform fleksibel dan cekap yang akan membolehkan Westports menceburi kecairan pasaran modal Islam domestik, sekali gus memperbaiki pengurusan liabiliti asetnya.\rIa akan menyediakan keanjalan yang lebih meluas kepada Westports dalam menerbitkan pelbagai tempoh kematangan sehingga 15 tahun berasaskan keperluan kumpulan dari masa ke semasa. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041273 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list