|
HWANGDBS Vickers Research menjangkakan terdapat kemajuan dalam pelaksanaan projek utama pada separuh kedua tahun ini, dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) bakal dimulakan pada Julai, manakala pemenang bagi kontrak fasa dua projek Transit Aliran Ringan (LRT) dijangka diumumkan pada akhir bulan ini.\rFirma penyelidikan itu berkata, pengurangan subsidi baru-baru ini akan membolehkan dana disalurkan kepada projek pengangkutan awam seperti MRT.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, katanya, peningkatan inflasi dan pertumbuhan perlahan mungkin berterusan yang membawa kepada kelemahan seterusnya dalam tempoh terdekat ini, tetapi Malaysia dijangka mencatatkan prestasi lebih baik berbanding pasaran saham negara lain.\r\r\n\n\n\n\n “Ini kerana kualiti bertahan pasaran saham negara ini dengan pegangan asing yang rendah dan sokongan daripada dana domestik serta pelaksanaan projek pemangkin utama.\r“Saham yang menghasilkan pulangan (dividen yang baik) bakal menjadi tumpuan jika pasaran serantau kekal lemah,” kata firma penyelidikan itu, sambil menambah bagi tahun ini, sasaran KLCI akhir tahun dijangka berada pada 1,730 mata.\rPilihan saham pulangan tinggi HwangDBS termasuk Boustead Holdings Bhd, Axis-Reit Managers Bhd, Maxis Bhd dan DiGi.com Bhd.\rSementara itu, OSK Research Sdn Bhd berkata selain saham dalam sektor pengguna yang mencatatkan prestasi kukuh pada suku pertama musim perayaan, prestasi sektor lain seperti keluli, pembinaan dan minyak dan gas adalah lemah dalam suku berkenaan kerana bilangan hari bekerja yang kurang.\r\n\n\n\n\rFirma penyelidikan itu mengunjurkan pendapatan meningkat sedikit pada suku kedua, walaupun sektor automotif dan teknologi mungkin masih lemah disebabkan masalah bekalan di Jepun.\rIa menyasarkan KLCI berada pada 1,680 mata pada akhir tahun dan melihat penggabungan dan pengambilalihan di kalangan bank sebagai antara pemangkin untuk mencapainya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|