CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Khazanah, IDFC bina lebuh raya di India

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KHAZANAH Nasional Bhd dan Infrastructure Development Finance Company (IDFC) yang berpangkalan di Mumbai akan menubuhkan sebuah syarikat usaha sama bagi membangunkan beberapa projek pembinaan lebuh raya di India.\rSayap pelaburan kerajaan itu akan memegang 80.1 peratus kepentingan dalam syarikat usaha saham berkenaan manakala bakinya dimiliki IDFC.\r\n\n\n\n\r  Dalam kenyataan kepada Bursa Saham Mumbai, IDFC berkata, kedua-dua syarikat akan turut melabur dalam instrumen boleh tukar yang diterbitkan oleh syarikat usaha sama itu.\r\r\n\n\n\n\n   Sebagai inisiatif pertama, syarikat usaha sama itu, katanya, akan melabur dalam Jetpur Somnath Tollways Ltd (JSTL), yang terbabit dalam pembinaan laluan empat lorong antara Jetpur ke Somnath di National Highway-8D, wilayah Gujarat.\rBuat masa ini, IDFC berkata anak syarikatnya IDFC Projects Ltd memegang 74 peratus kepentingan ekuiti dalam JSTL.\r“Buat permulaan, syarikat usaha sama IDFC-Khazanah akan membeli 48 peratus saham modal JSTL daripada IDFC Projects Ltd dan kemudian akan menaikkan pegangannya kepada 74 peratus,” katanya.\rKhazanah, menerusi anak syarikatnya PLUS Expressway Bhd sebelum ini turut bekerjasama dengan IDFC di dalam beberapa projek pembinaan jalan di negara itu.\rIDFC Projects Ltd bersama PLUS Expressway baru-baru ini   membida projek lebuh raya Indore-Dews di mana konsortium berkenaan disenarai pendek bagi projek itu.\rIDFC adalah institusi perkhidmatan kewangan utama India yang memberi tumpuan kepada projek infrastruktur.\rFirma yang ditubuhkan kerajaan India pada 1997 itu menjadi pemangkin kepada pembabitan sektor swasta dalam pembangunan infrastruktur negara itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 1.222112 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list