View: 160|Reply: 0
|
Adabi keluar minuman ringan
[Copy link]
|
|
Produk jenama Asfa perkukuh kedudukan di pasaran tempatanADABI Consumers Industries Sdn Bhd (Adabi), peneraju pengeluaran rempah ratus, kini menceburi pasaran pengeluaran air minuman ringan di bawah jenama Asfa dalam usaha mempelbagaikan lagi produknya, sekali gus mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan.\rPengurus Pemasarannya, Adrian Roslan, berkata pihaknya sudah mula mengeluarkan dan memasarkan seperti air mineral, asam jawa dan soya di bawah jenama itu sejak Januari lalu.\r\n\n\n\n\r “Kita kini meneroka pasaran baru dalam mengeluarkan air minuman berbanding sebelum ini lebih kepada rempah ratus dan makanan dalam tin. Ia hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sudah dilaksanakan. \r \r\n\n\n\n\n “Harapan kami adalah ketiga-tiga minuman yang dipasarkan ini menjadi pilihan pengguna yang ingin mencuba minuman dengan kandungan lebih segar dan sedap,” katanya ketika ditemui di Rawang baru-baru ini.\rKatanya, air minuman kacang soya, asam jawa dan air mineral Asfa kini menjadi barisan produk baru Adabi.\r“Minuman itu yang dipatenkan dengan kesegaran terkini bakal memberikan kepuasan kepada penggemarnya dan sudah berada di pasaran sejak awal tahun ini.\r“Selain dijual pada harga yang berpatutan, ketiga-tiga minuman Asfa dirumus khas dengan kandungan yang bebas perasa dan pewarna tiruan malah ia ditambah dengan zat mineral untuk memanfaatkan kesihatan.\r\n\n\n\n\rMengenai perkembangan lain syarikat berkenaan, Adrian berkata, terbaru pihaknya juga sedang menaja pertandingan memasak ‘Jaguh Kampung’ yang mula disiar di Astro sejak dua bulan lalu.\rKatanya, Jaguh Kampung adalah cubaan terbaru pihaknya untuk memantapkan penjenamaan Adabi agar lebih dikenali rakyat Malaysia sebagai pelopor produk keluarannya.\r“Konsep Jaguh Kampung lebih kepada pertandingan memasak antara dua kumpulan dari kampung berbeza dan apa yang hendak ditonjolkan adalah kemahiran peserta memasak dengan spontan apabila ditunjukkan bahan misteri dan tema berlainan setiap rancangan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|