|
MENDAPAT ‘aura’ daripada idolanya Rizal Tisin, pelumba Selangor Muhammad Elmi Jumari gembira memperoleh emas acara 1 kilometer Ujian Masa Individu lelaki, semalam.\rMencatatkan masa 1 minit 09.854 saat, pelumba 21 tahun itu berpuas hati dengan catatan masanya yang membolehkannya meraih pingat emas pertamanya di temasya SUKMA kali ini.\r\n\n\n\n\r “Pada SUKMA di Melaka tahun lalu, saya sekadar menduduki tempat ke-10 dan mungkin dengan kata-kata semangat Rizal yang juga juara Asia dan pemenang gangsa Kejohanan Dunia dalam acara itu, ia membantu saya membuat kayuhan terbaik hari ini (semalam).\r\r\n\n\n\n\n “Berdasarkan catatan yang dilakukan hari ini, ia lebih pantas sedikit berdasarkan catatan yang sering saya lakukan dalam latihan,” kata pelumba skuad pelapis kebangsaan itu.\rSebelum memulakan kayuhan, Elmi berkata, dia agak gentar apabila memikirkan kehebatan pelumba lebih senior seperti Muhd Arfy Qhairant Amran (Melaka) yang turut memburu pingat emas pertama peribadi.\r“Tetapi ketika berlumba, saya hanya memberi tumpuan terhadap kayuhan sendiri dan gembira apabila melihat papan markah tertera masa bawah seminit 10 saat,” katanya yang menewaskan Muhd Arfy dan pemenang gangsa dari Pahang, Ahmad Fakrullah Alias.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|