CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

PERODUA jamin stok Myvi cukup

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Tempoh menunggu kereta model generasi kedua dipendekkanPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan ia memiliki stok yang mencukupi untuk memenuhi permintaan bagi Myvi generasi kedua yang dilancarkannya kelmarin.\n\n\n\nPengeluar kereta nasional kedua itu juga berkata, ia akan mengambil inisiatif segera memendekkan tempoh menunggu bagi model dinaikkan taraf itu.\n\n\n\n\n“Kami ada stok mencukupi kerana sudah menjangkakan permintaan akan meningkat, khususnya menjelang hari raya ini. Tempoh menunggu bergantung kepada warna dan varian. Bagaimanapun, kami akan mengambil inisiatif segera untuk memendekkan tempohnya,” kata Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh, pada lawatan konvoi ‘PERODUA Myvi, Lagi Best’ ke Menara Ambank di Kuala Lumpur, semalam.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PERODUA akan berdepan masalah pengeluaran  susulan sambutan di luar dugaan yang diterima sejak tempahannya dibuka awal bulan ini.PERODUA menerima 10,000 tempahan bagi Myvi generasi kedua itu sejak ia dibuka 4 Jun lalu. Penghantaran bagi tempahan berkenaan bermula semalam.Aminar Rashid berkata, berdasarkan maklum balas diterima daripada 178 bilik pameran PERODUA di seluruh negara, pihaknya yakin Myvi generasi kedua  akan mengekalkan kedudukan sebagai kenderaan paling laris. \n\n\n\nMyvi generasi pertama yang diperkenalkan pada Mei 2005 muncul model paling laris untuk tempoh lima tahun di negara ini dengan 487,400 unit dijual sepanjang tempoh Mei 2005 dan Mei 2011 atau purata 81,200 kenderaan setahun iaitu sekitar 6,800 unit sebulan.Mengenai pelan strategik lima tahun PERODUA, beliau berkata penekanan akan diberikan bagi meningkatkan eksport sepanjang tempoh itu.Beliau berkata, PERODUA bukan saja mengeksport kenderaan secara CBU, malah turut mengeksport komponen enjinnya.Aminar Rashid berkata, walaupun hasrat syarikat ialah meningkatkan eksport, tetapi pada masa sama penekanan akan terus diberikan dalam memperbaiki produktiviti, kecekapan dan kos.“Kita masih belum kompetitif untuk bersaing dengan jenama lain yang lebih terkenal dan lebih kukuh,” katanya.Mengenai model baru lain yang akan dilancarkan PERODUA tahun ini, beliau berkata tumpuan untuk tahun ialah kepada Myvi, sekali gus mencadangkan lebih banyak varian, seperti keluaran terhad, akan diperkenalkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.201018 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list