View: 161|Reply: 0
|
Kadar tol PLUS masih dibincang
[Copy link]
|
|
Pemegang saham baru tentukan hala tuju syarikat selepas pengambilalihan \rUEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berbincang dengan kerajaan berhubung kadar tol apabila selesainya pengambilalihan PLUS Expressways Bhd dan pengendali lebuh raya itu dikeluarkan daripada penyenaraiannya di Bursa Malaysia menjelang September ini.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusan PLUS Express-waysnya, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata penetapan kadar tol masih dalam perbincangan dan pihaknya tidak dapat menyatakan butiran lanjut mengenainya.\r\r\n\n\n\n\n “Bagi kadar tol, pihak yang membuat tawaran (UEM dan KWSP) sedang berunding dengan kerajaan, tidak banyak yang kami tahu kerana kami hanya terbabit pada peringkat syarikat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran majalah ‘Kembara PLUS’ di Kuala Lumpur, semalam.\rMengenai pelan pengembangan syarikat itu, beliau berkata, buat masa ini pihaknya akan memfokuskan kepada kedua-dua projek yang sedang dilaksanakan di India dan Indonesia serta meninjau peluang meningkatkan lagi penerokaannya di pasaran terbabit.\rKatanya, sebarang penerokaan ke pasaran baru hanya akan dilaksanakan selepas syarikat memperoleh kata putus dan hala tuju daripada pemegang saham baru nanti.\r“Sebaik pengambilalihan ini selesai, saya yakin pemegang saham baru akan memutuskan hala tuju yang baru selepas mempertimbangkan keseluruhan pelan pengembangan syarikat.\r\n\n\n\n\r“Kami bukan membekukan pelan pengembangan, tetapi menunggu keputusan pemegang saham baru kami dan lembaga pengarah khususnya untuk meneroka pasaran baru, namun bagi pasaran sedia ada kami akan terus meneroka potensi memperluaskannya,” katanya.\rSementara itu, Noorizah berkata sebanyak 100,000 naskhah percuma majalah Kembara PLUS akan diedarkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol PLUS terpilih seluruh negara bermula Jumaat.\rKatanya, kos sebanyak RM240,000 diperlukan untuk pengeluaran majalah itu akan ditanggung sepenuhnya oleh penerbit Tell Media Sdn Bhd menerusi pendapatan pengiklanan mereka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|