View: 158|Reply: 0
|
DPMM minta peruntukan 60 peratus projek MRT
[Copy link]
|
|
DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan memperuntukkan 60 peratus daripada projek Transit Aliran Massa (MRT) kepada syarikat Bumiputera bagi membantu mewujudkan lebih banyak syarikat golongan itu yang bertaraf dunia, kata Presidennya Syed Ali Alattas.\rBeliau berkata, pembabitan syarikat Bumiputera dalam projek seperti MRT itu akan memberi ruang kepada mereka untuk menimba pengalaman dalam membangunkan projek besar, sekali gus melayakkan mereka melaksanakan projek di luar negara dan bersaing pada peringkat antarabangsa.\r\n\n\n\n\r “Projek MRT bernilai RM36 bilion ini mempunyai potensi besar dalam membangunkan syarikat Bumiputera bertaraf dunia dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.\r\r\n\n\n\n\n Beliau menjelaskan pelaksanaan projek Lebuhraya Utara Selatan bernilai RM6 bilion dulu telah melahirkan syarikat Bumiputera yang berkemahiran tinggi dalam pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya dan mereka kini berjaya meraih kontrak seperti itu di luar negara.\rSyed Ali menegaskan, peruntukkan 60 peratus kepada syarikat Bumiputera dalam projek MRT itu adalah adil dan ia tidak bermakna mereka memonopoli projek berkenaan.\rBeliau berkata, ini kerana kebiasaannya setiap kontrak yang diperoleh Bumiputera akan dikongsikan dengan golongan bukan Bumiputera kerana dalam setiap projek, bahan mentah akan dibekalkan syarikat milik bukan Bumiputera.\rKetika ini, katanya ada kira-kira 200 kontraktor Bumiputera kelas A yang aktif yang mana 37 dikenal pasti layak untuk terbabit dalam projek MRT.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Syed Ali juga berkata pihaknya telah hilang kepercayaan dengan kebolehan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dalam melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) secara telus dan menyeluruh terutama yang membabitkan golongan Bumiputera.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|