View: 197|Reply: 0
|
Nadi Biz: Perkukuh empayar niaga
[Copy link]
|
|
Pewaris Bina Puri mahu pastikan syarikat kekal daya saing\rCABARAN besar dipikul Matthew Tee Kai Woon, iaitu generasi ketiga kepada pengasas Bina Puri Holdings Bhd, tidak pernah mematahkan semangat pemuda berusia 36 tahun ini.\r\n\n\n\n\r Tugasnya bukan sekadar menggalas kepercayaan pemegang saham syarikat pembinaan terkemuka itu dan meluaskan operasinya tetapi pemuda lulusan akauntan bertauliah selepas berkhidmat di PricewaterhouseCoopers itu turut perlu membuktikan sesuatu yang lebih besar.\r\r\n\n\n\n\n “Ramai yang percaya empayar sesebuah syarikat akan tumbang semasa generasi yang ketiganya. Kepercayaan inilah yang perlu saya pecahkan, saya perlu buktikan empayar syarikat yang dibina sebelum ini akan terus kukuh dan bertahan.\r“Saya tidak bersendirian membangunkan syarikat, kerana kakitangan yang pernah bekerja dengan ayah sebelum inilah sebenarnya kunci utama yang menyokong pertumbuhan dan kejayaannya,” katanya dalam temubual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBeliau yang juga Pengarah Eksekutif Bina Puri Holdings adalah anak kedua daripada tiga anak Tan Sri Tee Hock Seng yang juga pewaris dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri.\rMatthew mula menyertai Bina Puri pada Disember 2003 sebagai pembantu khas Pengarah Urusan, sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 1 Disember 2009.\r\n\n\n\n\rSekilas pandang sudah cukup mengenali pemuda ini yang sememangnya mewarisi sesuatu daripada ayahnya. Setiap keputusan diambil dengan cepat, sangat berhati-hati dan berpandangan jauh.\rMatthew berkata, bukan mudah untuk beliau meyakinkan dan membentangkan idea kepada Lembaga Pengarah mahupun pemegang saham, kerana usianya yang cukup muda pastinya tidak dapat menandingi pengalaman berpuluh tahun yang ditimba rakan seangkatan ayahnya itu.\rKatanya, namun peluang yang diberikan lembaga pengarah untuk beliau menimba pengalaman dan membuktikan kebolehan diri merangsang beliau untuk lebih gigih melangkah memastikan kelangsungan syarikat yang dibina atas keringat orang tuanya itu terus kukuh dan berjaya.\r“Sebagai akauntan bertauliah sememangnya saya ada menyimpan impian untuk membuka perniagaan sendiri, namun takdir kerjaya saya bertemu di Bina Puri apabila mengenangkan hasrat ayah yang mahukan kami adik beradik membantu meneruskan syarikat ini.\r“Inilah sesuatu yang perlu diingat oleh semua generasi ketiga, mereka perlu ada minat dalam perniagaan dan bersedia meluangkan masa dan berkorban walaupun perniagaan ini bukan dibina atas kemahuan atau minat mereka.\r“Memang ada benarnya kepercayaan itu, kerana kebanyakan anak terlalu selesa dalam hidup mereka, tidak mahu bekerja keras memerah keringat dan tidak bersedia mengorbankan gaya hidup mereka walaupun ia adalah sesuatu yang dikorbankan oleh orang tua kita dulu,” katanya. \rKetika ditanya perancangannya bagi hala tuju syarikat, beliau berkata, beliau mahu mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat dan mengukuhkan pendapatan yang dijana daripada asetnya tanpa terlalu bergantung kepada projek dalam sektor pembinaan.\rKatanya, walaupun ketika ini projek dalam tangan Bina Puri sudah cukup menampung kos operasinya untuk tempoh yang panjang, tetapi beliau mahu syarikat bersedia menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan kekurangan projek dalam sektor pembinaan.\r“Seperti gergasi pembinaan terkemuka lain, mereka mempunyai aset atau pegangan konsesi yang mampu menjana pendapatan untuk menampung operasi sekiranya berlaku kegawatan, inilah yang perlu kami contohi.\r“Ia bukan benda baru dalam Bina Puri tetapi saya berhasrat mengukuhkan teras pendapatan ini bagi memastikan syarikat ini kekal berdaya saing walaupun dalam persekitaran mencabar dengan sekurang-kurangnya agihan sumbangan pendapatan sebanyak 50-50 daripada aset dan projek,” katanya.\rKatanya, syarikat itu meninjau untuk memiliki lebih banyak aset bangunan untuk sewaan di kawasan strategik, menjadi pembekal utiliti di negara serantau atau menambah pegangan konsesi yang mampu menjana keuntungan secara konsisten.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|