CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

G-20 kukuh, raih pendapatan RM22.1b

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Laba dijangka catat peningkatan 27 peratus berbanding RM17.3 bilion diraih tahun laluKUMPULAN 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama di bawah Khazanah Nasional Bhd atau dikenali sebagai G-20, berada pada landasan kukuh untuk meraih pendapatan bersih RM22.1 bilion pada tahun kewangan 2011, iaitu peningkatan 27 peratus atau RM4.8 bilion berbanding RM17.3 bilion yang diraih tahun lalu.\rJangkaan peningkatan itu bersandarkan kepada pengukuhan operasi dan prestasi semasa perniagaan G-20 itu sejajar persekitaran positif ekonomi tempatan dan global.\r\n\n\n\n\r  Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) berkata, jangkaan pencapaian G-20 itu turut menggambarkan prestasi korporat tempatan sudah bertambah baik apabila ekonomi kini kembali berada pada landasan kukuh.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd yang juga Ketua Sekretariat PCG, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata perangkaan sehingga hari ini menunjukkan bahawa prestasi G-20 itu adalah menggalakkan seiring dengan pertumbuhan syarikat bukan G-20 yang disenaraikan di Bursa Malaysia.\r“Berdasarkan pada data analisis dalaman dan ditambah dengan pengukuhan operasi semasa perniagaan Kumpulan G-20, kami yakin unjuran pendapatan bersih sebanyak RM22.1 bilion dalam tahun kewangan 2011 mampu dicapai.\r“Meskipun sumbangan kepada peningkatan (pendapatan bersih) itu dijana dalam pelbagai sektor perniagaan, namun kami yakin GLC yang terbabit dalam perniagaan perbankan dan perladangan akan muncul sebagai penjana utama,” katanya kepada media sempena pelancaran Hari Terbuka GLC di Kuala Lumpur, semalam.\rAntara lain, G-20 terdiri daripada Affin Holdings, Axiata Group, BIMB Holdings, Boustead, CIMB Group, Chemical Company of Malaysia, Penerbangan Malaysia (MAS), Malaysia Airports Bhd, MRCB, Maybank, Proton Holdings Bhd, Sime Darby Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, TH Plantations, UEM Group dan UMW Holdings.\r\n\n\n\n\rHingga 3 Jun lalu, nilai modal pasaran G-20 itu melonjak lebih sekali ganda kepada RM355 bilion daripada RM159 bilion sejak program transformasi GLC dilancarkan pada 2004.\rTahun lalu, nilai modal pasaran G-20 adalah RM252 bilion, meningkat 65.8 peratus daripada RM152 bilion yang dicatatkan sebelumnya.\rAzman berkata, pengukuhan kedudukan kewangan dan kecekapan operasi itu turut memberikan pelbagai manfaat ketara kepada pemegang saham, pelanggan, pembekal, kakitangan syarikat serta masyarakat.\r“G-20 kini berada dalam landasan pertumbuhan dan menyumbang kepada ekonomi negara. Mereka juga maju ke depan dalam mencapai sasaran untuk muncul sebagai syarikat utama di rantau ini.\r“Semua ini bersandarkan kepada fakta yang mana tiga daripada G-20 itu, iaitu CIMB Bank, Maybank dan Axiata sudah berada di posisi untuk muncul sebagai peneraju pasaran di rantau ini,” jelasnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list