CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Tabung Haji tambah hartanah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Dana pelaburan lebih besar beli aset di Arab Saudi, LondonLEMBAGA Tabung Haji akan membeli lebih banyak hartanah di Arab Saudi dan London dalam tempoh tiga tahun ini, bagi menambah sumber pendapatan tetapnya, seterusnya mampu memberikan kadar pulangan yang konsisten dan ‘menarik’ kepada pendepositnya.\rBagi tujuan berkenaan, pengurus dana Islam terbesar dunia itu, akan meningkatkan peratusan peruntukkan dana bagi pelaburan dalam portfolio hartanahnya kepada 25 peratus.\r\n\n\n\n\r  Tabung Haji yang menguruskan dana berjumlah kira-kira RM28 bilion, ketika ini memperuntukkan RM4.2 bilion atau 15 peratus daripada saiz keseluruhan dananya untuk pembelian hartanah di Malaysia dan Arab Saudi.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail, berkata rancangan membeli lebih banyak hartanah itu juga bertujuan merebut peluang dalam bidang yang menjanjikan pulangan lumayan itu.\r“Tabung Haji kini memiliki beberapa rangkaian hartanah di Makkah dan Madinah secara pajakan. Walaupun hartanah itu hanya dipajak ia mampu memberikan pulangan yang amat baik kepada kumpulan.\r“Bersandarkan kepada prospek itu, kami meninjau untuk mengambil alih lebih banyak aset atau terbabit dalam pembangunan beberapa projek hartanah, khususnya di Jeddah dan Madinah serta di beberapa kawasan di Eropah, khususnya di London,” katanya kepada Berita Harian dan Business Times di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rIsmee berkata, tidak seperti di Makkah dan Madinah yang hanya menawarkan konsep pajakan bagi pemilikan aset hartanahnya, di Jeddah, Tabung Haji ditawarkan peluang untuk memiliki sebarang aset hartanah secara pegangan kekal.\r\n\n\n\n \r“Bagi memastikan Tabung Haji meraih peluang yang tersedia ini (memiliki aset hartanah di Jeddah secara pemilikan kekal), kami merancang untuk mengadakan usaha sama dengan syarikat tempatan,” katanya.\rMengulas lanjut, Ismee berkata, langkah meningkatkan peratusan pelaburan dalam sektor hartanah itu adalah sebahagian daripada usaha Tabung Haji mempelbagaikan portfolio asetnya sejajar dengan persekitaran pasaran semasa.\r“Tabung Haji sentiasa menyemak peruntukan pelaburannya dari semasa ke semasa kerana pasaran sentiasa berubah. Sebagai contoh, pasaran ekuiti boleh menjadi platform pelaburan terbaik, namun apabila ia mendatar, Tabung Haji akan melabur pula dalam instrumen pelaburan lain.\r“Kami harus menyemak struktur peruntukan pelaburan ini bagi memastikan nilai jangka panjang wang pencarum sentiasa terpelihara,” katanya sambil menambah selain bertujuan mengekalkan rekod pulangan lumayan, langkah itu juga bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal pada kadar yang mampu.\rKetika ini, Tabung Haji memiliki 5.6 juta pendeposit dengan jumlah deposit tahun lalu sebanyak RM25.8 bilion berbanding RM21.3 bilion pada 2009.\rSumber utama pendapatannya tahun lalu adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 65 peratus yang mana 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus merangkumi keuntungan urus niaga saham. \rPenyumbang kedua terbesar pula adalah pendapatan daripada pelaburan dalam sekuriti hutang, khususnya bon Islam yang menyumbang sebanyak 10 peratus.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.702993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list