View: 223|Reply: 0
|
Scomi tinjau projek monorel di Chennai
[Copy link]
|
|
SCOMI Group Bhd telah mengemukakan cadangan untuk mengambil bahagian dalam cadangan projek monorel di Chennai yang mana kerajaannya bercadang membina laluan sepanjang 300 kilometer untuk mengurangkan kesesakan trafik.\r“Monorel ialah sistem pengangkutan paling ideal untuk bandar raya seperti Chennai. Scomi berminat menyertai dan melaksanakan projek monorel di Chennai.\r\n\n\n\n\r“Kami telah menghantar cadangan kepada pejabat ketua menteri kira-kira tiga minggu lalu,” kata Selvaraja Chinnasamy, Ketua Pembangunan Perniagaan Scomi International yang berpangkalan di Mumbai, India kepada Bernama.\r\r\n\n\n\n\n Kerajaan Tamil Nadu yang baru dipilih, diketuai Ketua Menteri J Jayalalithaa, mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sistem pengangkutan monorel di bandaraya yang sesak dengan trafik, yang didiami kira-kira 4.6 juta penduduk itu.\rIa bercadang meningkatkan sistem pengangkutan awam daripada 27 peratus penguasaan pada masa ini di bahagian selatan kepada 46 peratus menjelang 2026, dan monorel dikenal pasti sebagai model baru pengangkutan untuk pengguna bandar.\r“Scomi mengambil keputusan untuk memasuki bandar raya metropolitan penting India untuk melaksanakan sistem pengangkutan monorel dan selepas Mumbai, kami mengintai pula Delhi, Bangalore dan Chennai,\" tambah Selvaraja.\rScomi bersama rakan konsortium India, Larsen & Toubro, berjaya memenangi bida untuk membina monorel sepanjang 19.5 kilometer di Mumbai pada 2008.\r\n\n\n\n\rProjek Mumbai itu yang bernilai RM1.85 bilion, ialah projek monorel pertama di India.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|