CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Maybank, CIMB batal hasrat gabung dengan RHB Capital

[Copy link]
Post time 24-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan dibuat tak sampai tiga minggu Bank Negara beri kelulusanMALAYAN Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd mengejutkan pasaran semalam, apabila mengumumkan membatal rancangan untuk bergabung dengan RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd.\rPengumuman itu dibuat tidak sampai tiga minggu selepas Bank Negara Malaysia memberikan kelulusan kepada kedua-duanya memulakan rundingan berasingan dengan RHB Capital dan pemegang saham utamanya untuk kemungkinan penggabungan.\r\n\n\n\n\r  Ia juga tidak sampai seminggu selepas pemegang saham kedua terbesar RHB Capital, Abu Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) menjual 25 peratus pegangannya kepada Aabar Investments PJS pada harga RM10.80 sesaham.\r\r\n\n\n\n\n  ADCB dan Aabar Investments adalah dua syarikat yang dimiliki kerajaan Abu Dhabi.\rMaybank dalam kenyataan ringkas mengumumkan pembatalan itu berkata, ia diputuskan hasil perbincangan terperinci Lembaga Pengarahnya.\r“Berdasarkan perkembangan terkini dan juga hasil daripada perbincangan terperinci, Lembaga Pengarah memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan penggabungan, buat sementara waktu,” katanya.\rKetua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak dalam kenyataan berasingan pula berkata, kumpulan itu memutuskan pembatalan itu selepas perbincangan dengan pelbagai pihak.\r\n\n\n\n\r“Berdasarkan perbincangan yang diadakan serta penilaian terhadap jangkaan semasa pemegang saham utama, CIMB Group tidak yakin nilai boleh diwujudkan selepas penggabungan dilaksanakan.\r“Rundingan penggabungan itu akan menghabiskan banyak sumber, selain mengganggu (urusan) kakitangan serta pihak yang berkepentingan.\r“Justeru, kami memilih tidak memanjangkan perbincangan supaya semua pihak boleh kembali melaksanakan urusan seperti biasa secepat mungkin,” katanya.\rBerikutan pengumuman pembatalan itu, saham RHB Capital berdepan tekanan jualan yang menyaksikan harganya susut 57 sen atau 5.94 peratus kepada RM9.03 pada penutup semalam selepas mencatatkan paras terendah sejak 20 Mei, iaitu RM8.99 sesaham pada sesi dagangan tengah hari.\rSementara itu, Ketua Penyelidik OSK Research, Chris Eng menyifatkan pembatalan itu adalah sesuatu yang positif kerana Maybank dan CIMB Group tidak perlu berdepan risiko terlebih bayar bagi memiliki saham RHB Capital.\rDifahamkan, harga yang dibayar Aabar ketika mengambilalih 25 peratus saham RHB Capital itu adalah hampir 18 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran semasanya, iaitu RM19.9 bilion dan ia dilihat sebagai antara sebab mengapa Maybank dan CIMB Group memutuskan membatalkan hasrat masing-masing.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.218455 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list