View: 130|Reply: 0
|
Bursa Mingguan: FBM KLCI cecah paras tertinggi
[Copy link]
|
|
Indeks penanda aras dijangka capai 1,730 mata menjelang akhir tahun\rINDEKS Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat dan ditutup pada paras tertinggi baru minggu lalu.\r\n\n\n\n\r Ia dirangsang oleh kegiatan \'menghias akaun\' untuk separuh pertama di pasaran domestik serta rali pasaran asing selepas persetujuan peminjam utama untuk menyelesaikan 70 peratus hutang apabila kerajaan Greece meluluskan beberapa langkah bagi meneruskan bantuan menyelamat.\r\r\n\n\n\n\n Berikutan itu, FBM KLCI menokok 18.28 mata, atau 1.17 peratus minggu lalu untuk ditutup pada rekod tertinggi baru 1,582.94, dengan kenaikan CIMB (+25sen), Hong Leong Bank (+82sen) dan Gamuda (+20sen) menyumbang kira-kira 40 peratus kenaikan indeks itu.\rPurata jumlah dan nilai dagangan harian secara margin berkurangan masing-masing kepada 903.5 juta saham bernilai RM1.65 bilion, berbanding purata 920.4 juta saham bernilai RM1.53 bilion minggu sebelumnya.\rKita mula memasuki separuh kedua tahun ini dan penulis menjangkakan indeks penanda aras terus mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh itu.\rSasaran indeks 1,730 mata menjelang akhir tahun dilihat boleh dicapai berdasarkan kitaran pertengahan 2011/2012 PER sebanyak 16 kali.\r\n\n\n\n\rFaktor penjana indeks adalah persekitaran ekonomi luar yang bertambah baik, terutama di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, serta langkah suntikan domestik menerusi inisiatif sektor swasta di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).\rTidak dinafikan bahawa kita akan terus menyaksikan kedudukan tidak menentu pada peringkat global dengan beberapa isu politik di Asia Barat dan masalah hutang kerajaan Eropah membelenggu pasaran.\rEkonomi perlahan China yang dicetuskan secara dalaman akan menambah kebimbangan itu, tetapi sasaran pertumbuhan rasmi lapan peratus untuk 2011 dan tujuh peratus antara 2011 hingga 2015 akan masih boleh menyokong pertumbuhan global.\rKelulusan parlimen Greece untuk langkah menyelamat bernilai 78 bilion euro, membolehkan negara itu memperoleh bayaran awal 11.8 bilion dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan program menyelamat Kesatuan Eropah.\rIa akan merintis jalan untuk satu lagi pakej menyelamat mega bernilai lebih 110 bilion Isnin depan. Perkembangan positif itu akan merangsang pasaran ekuiti global, yang sudah pun meningkat minggu lalu.\rSelain penyelesaian jangka pendek ke atas masalah Greece itu, pasaran AS turut bertindak balas positif terhadap kenaikan berterusan dalam indeks pengeluaran Institute for Supply Management (ISM) kepada 55.3 mata bulan lalu, lebih baik daripada jangkaan penurunan 52 mata berbanding angka Mei iaitu 53.5 mata.\rWalaupun paras tinggi baru yang disaksikan minggu lalu dijangka mencetuskan kegiatan pengambilan untung minggu ini, aliran berita positif daripada pasaran luar akan dapat mengawal sebarang tekanan jualan.\rKeputusan Bank Negara Malaysia ke atas Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Khamis ini akan dipantau rapi. Unjurannya ialah ia akan dinaikkan 25 mata asas kepada 3.25 peratus.\rPenulis merasakan Bank Negara akan berhenti seketika dalam pusingan ini untuk mengimbang kesan beberapa langkah yang telah dilaksanakan setakat ini.\rSelain itu, harga beberapa komoditi yang telah menstabil sepanjang bulan lalu dapat menyerap tekanan harga pada masa depan.\rStrategi menuju ke depan ialah meraih peluang daripada kelemahan dengan terbabit dalam rali seterusnya.\rSaham mewah dan syarikat berkaitan kerajaan patut dilihat sebagai peluang pelaburan jangka panjang yang baik.\rProtes ‘Rali Bersih’ minggu ini mungkin memberi tekanan aliran penurunan ke atas pasaran jika maklum balas dari pertubuhan bukan kerajaan lain meraih momentum dan kebimbangan ke atas insiden tidak diingini ketika perarakan besar-besaran itu berlaku.\rPenulis merasakan jika keadaan itu berlaku lagi dalam tempoh terdekat ini memberi bayangan jangkaan pilihan raya umum tahun ini.\rPengukuhan pasaran serantau yang dirangsang oleh data ekonomi positif dan penyelesaian sementara krisis hutang Greece selepas langkah menyelamat pembuat dasarnya untuk meneruskan aliran bantuan dibayangi oleh pengambilan untuk selepas kegiatan menghias akaun Jumaat lalu.\rDagangan di KLCI berkembang kepada 22.62 mata minggu lalu, berbanding hanya 9.83 mata minggu sebelumnya, terutama disebabkan kegiatan menghias akaun dalam saham mewah.\rKesimpulannya, arah aliran petunjuk terus meningkat untuk memberi isyarat kenaikan berterusan dalam KLCI, tetapi isyarat lebihan belian secara besar-besaran dalam petunjuk momentum harian dan mingguan menunjukkan pembetulan pengambilan untung dijangka berlaku minggu ini.\rJusteru, pelabur mungkin cenderung ke arah pengambilan untuk atau melakukan jualan ke atas kekuatan saham mewah seperti AirAsia, CIMB dan Gamuda sebelum berlakunya pembetulan.\rDalam perkembangan lain, Genting Bhd, Genting Malaysia dan RHB Capital dilihat sangat menarik untuk dibeli susulan prestasi lemah baru-baru ini untuk mendapatkan untung jangka panjang.\rSementara itu, saham MRCB, DRB-Hicom, Dialog, KNM Group dan Perisai Petroleum yang dijangka mencatat keuntungan pada masa depan lebih menjadi pilihan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|