CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

35 cadangan tingkat standard tadbir urus

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelan kerajaan perkemas pengurusan sektor korporatSEBANYAK 35 cadangan yang memfokus kepada enam tema berkaitan ekosistem tadbir urus korporat digariskan dalam Pelan Induk Tadbir Urus Korporat 2011 yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.\rEnam tema itu ialah hak pemegang saham; peranan pelabur institusi; peranan lembaga pengarah; pendedahan dan ketelusan; peranan “gate keeper” atau pembuat keputusan akhir dan mereka yang berpengaruh; serta penguatkuasaan awam dan swasta.\r\n\n\n\n\rAntara 35 cadangan digariskan pula ialah memastikan syarikat tidak mengenakan sekatan ke atas pelantikan proksi oleh pemegang saham; mewajibkan pengerusi mesyuarat agung memaklumkan kepada pemegang saham akan hak mereka menuntut pengundian diadakan serta mengehadkan tempoh jawatan pengarah bebas kepada sembilan tahun.\r\r\n\n\n\n\nCadangan lain ialah mengehadkan pengarah menduduki kerusi lembaga pengarah kepada maksimum lima syarikat pada satu-satu masa; mewajibkan pengasingan kedudukan pengerusi dan ketua eksekutif dan memastikan pengerusi adalah bukan eksekutif.\rTurut dicadangkan ialah memendekkan tempoh menyerahkan laporan kewangan sukuan daripada dua bulan ketika ini dan laporan kewangan tahunan daripada enam bulan ketika ini, serta mengadakan kajian daya maju bagi membolehkan pembiayaan litigasi oleh pihak ketiga bagi membantu pelabur dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat.\rPengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar, berkata Pelan Induk Tadbir Urus Korporat 2011 adalah inisiatif pertama kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal Kedua (CMP2) berfungsi sebagai pelan tindakan bagi meningkatkan standard tadbir urus korporat di Malaysia dengan mengukuhkan disiplin pasaran dan mempromosi budaya tadbir urus yang baik.\rBeliau berkata, dibangunkan menerusi proses rundingan dengan pihak industri dan pihak berkepentingan berkaitan, cadangan dalam pelan induk itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun yang mana kebanyakannya  akan diguna pakai menerusi kod tadbir urus korporat dan perubahan kepada Keperluan Penyenaraian, yang mana kedua-duanya dijangka berkuat kuasa seawal 2012.\r\n\n\n\n\r“Ada beberapa cadangan lain perlu dikaji lebih lanjut menerusi penubuhan pasukan petugas dan kumpulan kerja. Ada juga cadangan yang akan membabitkan pembubaran undang-undang,” katanya pada majlis pelancaran pelan induk itu di Kuala Lumpur, semalam.\rPelancarannya disempurnakan Menteri Kewangan II, Datuk Sri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Hadir sama Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohd Dzaiddin.\rZarinah berkata, SC mengalu-alukan maklum balas orang ramai berhubung pelan induk itu dan menjemput diajukan komen dan cadangan menerusi email di alamat [email protected] atau menulis ke alamat berikut: CG Blueprint Team, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.121606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list