CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

Pelabur anggap Malaysia stabil

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA masih dianggap sebagai negara yang stabil di kalangan pelabur asing, walaupun perhimpunan haram   berlangsung pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors, Dr Shane Oliver.\rKatanya, Malaysia adalah stabil dari segi ekonomi serta politik dan perhimpunan itu tidak mengubah persepsinya terhadap negara itu.\r\n\n\n\n\r  “Ia  sebahagian daripada langkah demokrasi yang lebih luas yang kebanyakan negara lalui dalam pembangunan mereka. Ia tidak mungkin mengubah persepsi antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil,” katanya di Singapura.\r\r\n\n\n\n\n  AMP Capital Investors adalah firma pengurus pelaburan yang menguruskan lebih A$99 bilion dana. \rIa adalah anak syarikat milik penuh AMP iaitu penyedia pencen korporat dan runcit terbesar Australia, dengan lebih 160 tahun pengalaman.    \rFirma itu memiliki pejabat di Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, New Zealand, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. \rIa juga adalah pengurus hartanah global utama dan satu daripada pengurus infrastruktur tertua dunia.\r\n\n\n\n\rShane menyifatkan, Malaysia sebagai negara yang menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan negara-negara Asia lain dan tidak diragukan lagi akan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana yang dirancang.\r“Malaysia pada kedudukan yang baik untuk mencapai aspirasi untuk menjadi ekonomi pendapatan tinggi,” katanya.\rSeorang lagi pakar ekonomi  turut bersetuju dengan pendapat Oliver, berkata beliau optimistik perhimpunan berkenaan tidak akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia dalam menarik pelabur asing. \r“Sejak bertahun, kita telah melihat Malaysia merupakan negara yang stabil, dari segi politik atau ekonomi. Di bawah pentadbiran perdana menteri sekarang ini, Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik,” katanya. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.436346 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list