CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 4

Sains Transformers

[Copy link]
Post time 19-7-2011 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Hazirah Che Sab
[email protected]
2011/07/03












Teknik 3D RM91.5 juta hidupkan Transformers: Dark of The Moon
DEMAM Transformers melanda semula ketika ini berikutan kemunculan sekuel terbaru dinantikan ramai - Transformers: Dark Of The Moon yang menggegarkan panggung, Rabu lalu.


Secara logiknya tema yang dipaparkan seakan tidak masuk akal - manusia bekerjasama dengan robot untuk menyelamatkan dunia. Namun di layar perak, segala-galanya tidak mustahil. Jadi, ketepikan soal logik kerana ia bukan penarik utama penonton memenuhi pawagam sebaliknya pelakon dan jalan cerita lebih menjadi perhatian manakala bagi filem aksi, kesan khas lebih mencuri tumpuan.

Buktinya, ia menjadi paksi atau kekuatan filem terbaru ini yang menggunakan teknik tiga dimensi (3D) yang memberikan lebih kepuasan. Impaknya, adegan pergaduhan idea pengarah Michael Bay, menggunakan sepenuhnya kelebihan 3D bagi menghidupkan adegan peperangan antara robot dan manusia lebih realistik bagi mengikat penonton di tempat duduk sehingga filem tamat.

Penulis yang berkesempatan menonton filem berkenaan pada malam pembukaannya, Rabu lalu, mengakui ulasan terdahulu mengenai kecanggihan 3D yang menjadikan adegan letupan, tembakan dan serpihan yang melayang-layang seolah-olah berlaku di depan mata.

Paling menakjubkan - adegan luncur udara yang kelihatan amat hidup dan meyakinkan dengan sudut pandangan filem berkenaan pula boleh dikategorikan sebagai amat mengagumkan. Malah, bukan saja penulis, barisan penonton yang menyaksikan tayangan itu turut bangun menepuk tangan di akhir cerita tanda puas dengan sekuel terbaru filem sains fiksyen berkenaan.

Buah tangan terbaru Bay kali ini bukan calang-calang kerana filem paling ditunggu-tunggu itu dilabelkan sebagai filem 3D paling baik malah mengatasi apa yang pernah dilakukan oleh pengarah James Cameron menerusi Avatar.

Menariknya, Cameron yang bersusah payah meyakinkan Bay menggunakan 3D dalam filemnya. Selepas memutuskan untuk menerima nasihat itu, Bay mengambil masa sembilan bulan untuk mengkaji teknologi itu, mengupah pasukan 3D Cameron untuk Transformer yang terus melangkaui sempadan 3D menerusi filem ini dan membelanjakan jutaan dolar membina kamera mudah alih untuk dibawa ke Chicago, lokasi filem berkenaan.

Paling mengesankan adalah adegan terjun daripada helikopter yang dirakamkan Bay menggunakan pelakon sebenar, dengan salah seorang daripada mereka memakai kamera 3D di kepala ketika melakukan aksi itu.

Keberkesanan 3D dalam filem kali ini membuatkan semua mulut terdiam dan tiada siapa mengkritik Bay kerana kos yang digunakan untuk Transformer 3. Ketika menafikan laporan filem ini menelan kos AS$400 juta (RM1.2 bilion), dia mengakui memusnahkan 532 kereta ketika penggambaran.

“Saya tidak mahu memberi kenyataan mengenai bajet tetapi saya berterus-terang kepada Paramount, amat mahal merakamkan filem dengan 3D, dan mereka agak terkejut dengan harga itu,” katanya.

Bagaimanapun, Bay memperuntukkan sebanyak AS$30 juta (RM91.5 juta) untuk kesan visual 3D saja daripada jumlah kos keseluruhan sebanyak AS$195 juta (RM595 juta). Teknologi 3D yang diguna pakai Bay membawa robot Transformer seolah-olah hidup yang tidak pernah dibuat dalam filemnya sebelum ini.

Penggunaan 3D menambahkan elemen kehadiran fizikal yang hilang daripada dua filem awal Transformer dan penonton seolah-olah dapat merasakan robot gergasi bergerak di sekitar skrin dan bercampur dengan manusia serta persekitaran dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Penggambaran gaya 3D turut membolehkan semua maklumat terperinci fizikal robot kelihatan menonjol dan menjadikan ia seperti karektor hidup.

Pemilihan Chicago sebagai lokasi penggambaran turut memberi kesempatan kepada penduduk negeri itu untuk menyaksikan kehebatan filem berkenaan yang paling ditunggu kemunculannya di pawagam.

Antara adegan menarik yang dirakamkan di kawasan New East Side membabitkan pelakon aksi ngeri meluncur udara daripada helikopter dan menggunakan payung terjun pada paras rendah ketika dirakamkan daripada helikopter kedua. Bagi tujuan itu, laluan kenderaan dan pejalan kaki di bawah laluan terjunan itu disekat untuk tujuan keselamatan.

Tidak seperti dua filem terdahulu, sekuel terbaru ini lebih menonjolkan robot sebagai watak utama seperti kembalinya Optimus Prime atau watak terbaru Autobots, Sentinel Prime tetapi bersesuaian dengan jalan cerita yang menumpukan kepada pertempuran Autobots dengan Decepticons yang diketuai Megatron dan menjadikan Chicago sebagai zon perang.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi kesan animasi komputer lebih baik dalam sekuel kali ini berbanding dua filem sebelumnya. Perubahan daripada mesin biasa menjadi robot gergasi semakin kompleks, ketika jalan ceritanya semakin ringkas.

Continued....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2011 10:39 PM | Show all posts
Menarik mengenai Transformers 3: Dark of the Moon

Kesan teknik visual Tiga dimensi (3D)

Filem ini menggunakan teknik 3D dan imej janaan komputer (CGI). Tekniknya dikatakan sukar tetapi pengarah filem itu, Michael Bay berkeras mahukan kesan khas berkualiti dan sanggup mengambil masa sembilan bulan mengkaji teknologi 3D serta mengambil khidmat petugas filem Avatar bagi menghasilkan filem itu. Biarpun filem popular Avatar dikatakan meletakkan penanda aras filem 3D di tahap tinggi, kalangan pengkritik turut memuji aspek teknikal dalam Transformers: Dark of The Moon. Malah berbanding Avatar, sekuel terbaru Transformers ini lebih menguntungkan kerana ditayangkan di 2,700 panggung 3D pada malam Selasa lalu.

CGI
Hanya 10 hingga 15 peratus itu merangkumi aspek CGI secara menyeluruh. Baki rakaman filem itu membabitkan pertukaran imej rata ke jenis dimensi oleh sepasukan lebih 5,000 petugas grafik yang bekerja setahun lamanya bagi pembuatan filem berkenaan.

Kemalangan
Pembikinan filem ini ditangguhkan sementara pada 2 September lalu di Hammond, Indiana, selepas salah seorang pelakon tambahannya, cedera dalam salah satu adegan aksi. Pelakon dikenali Gabriella Cedillo, terpaksa menjalani pembedahan otak akibat kemalangan kabel besi dengan keretanya. Kecederaan kekal itu menyebabkan keluarganya mengemukakan saman menuntut ganti rugi AS$350,000 (RM1 juta).

Pada Oktober lalu, ketika penggambaran adegan di 3rd Street dan Maryland Avenue, sebuah kenderaan SUV Unit K9 polis Washington DC merempuh kenderaan Chevrolet Camaro yang mewakili watak Bumblebee dalam filem ini. Kawasan nahas itu ditutup pihak polis biarpun tidak diketahui tujuan kenderaan SUV itu ditempatkan di situ. Kedua-dua pemandu kenderaan itu tidak cedera tetapi kemalangan itu menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan Camaro itu.

Tarikan baru taman tema
Taman tema bajet besar yang masih dalam pembinaan di lot paling bawah Universal Studio Hollywood akan mempunyai penarik tersendiri apabila dibuka pada musim bunga akan datang. Permainan berasaskan filem Transformers dan penggunaan animasi 3D dan teknologi penerbangan simulator akan meletakkan pengunjung di tengah-tengah pertempuran Autobots dan Decepticons. Naib Presiden kreatif Universal Studio, Chip Largman menyifatkannya sama seperti dalam filem dan bertindak sebagai tambahan kepada apa yang disaksikan di pawagam. Pihak pengurusan Universal Studio berharap Transformers akan menjadi tarikan utama di taman tema itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 01:27 PM | Show all posts
movie ni memang sgt best...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 06:32 PM | Show all posts
Best..harap2 ada lagi ke 4
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 11:19 PM | Show all posts
teknologi ini takde kat alam kita ini. ia nya terjadi di alam sebelum big bang lagi. gelombang peristiwa itu telah di terima oleh pengasas cerita transfomer.

just my theory
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044974 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list