CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3183|Reply: 13

15 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan

[Copy link]
Post time 24-7-2011 01:33 PM | Show all posts |Read mode
  
pic hiasan/ ilustrasi


KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.
  Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.

  Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota,   Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.
  “Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

  “Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.

  “Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.


  Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.

  “Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.

  “Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

  Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

  Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.

  “Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.

  “Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

  Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.

  “Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.

  “Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.

  Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.

  “Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.

  “Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.

  Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.

  “Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya.
sos:harianmetrosex



apsal tak simpan anudalam boto...mcm2 la mak nyah nehdalam dunea hada jugak yang tak cayang sama anunyer..poyo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 03:23 PM | Show all posts
rosak2....maknyah2....tobat le weh...nk mati kang susah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:59 PM | Show all posts
kat tanah kubur mana mereka tanamkan anu anu nie....
ada tak kes orang nampak hantu yang berupa 'anu' mencari tuannya???
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 09:13 PM | Show all posts
hahaha...anu dtg kaco dlm mimpi...
cemana rupenye tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 08:59 AM | Show all posts
bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 09:06 AM | Show all posts
apsal la nak potong benda penting dlm hidup tu~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2011 09:12 AM | Show all posts
x tau nak kata apa semoga ada sinar taubat dan keinsafan hadir dalam diri
maknyah2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 01:46 PM | Show all posts
inilah kesan melawan takdir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 05:55 PM | Show all posts
Seharusnya kita bersyukur ngn apa yg kita ada...kenapa harus melawan fitra tuhan lebih maha mengetahui kita ni mnusia macm sebutir habuk pun tak layak dgn ilmuNya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:23 PM | Show all posts
pdn muka.....dh elok2 tuhan bg,dbuangnya. kn sampai tmimpi2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 11:22 PM | Show all posts
yg bahaya nya, hantu anu ni akan rogol mangsa nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:49 AM | Show all posts
ade jugak persatuan mak nyah{:3_83:}.... bekas presiden tu pun mak nyah jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 08:30 AM | Show all posts
Ak baru nak cakap nati kat akhirt anu datang tuntut ngape dia di buang..kat donia lagi anu da datang cari..memang mentel@ mental lah vapok ni...ikut nafsu nafsi..kalau orang cakap di kata tak faham naluri dia..kecuali la jika khunsa..(ada dua kemaluan) yang ini di bolehkan..ak pernah dengar dulu kalau khunsa konfiuse mana satu yang dia nak ikut..tengok air kencing dia tang mana yang kuar dulu..kalau yang anu laki kuar dulu leh lah dia jadi laki2 or kalau kuar yang tang kemaluan perempuan leh lah dia ikut jadi cam pompuan..if i'm not mistaken mama jwie tu khunsa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 02:30 AM | Show all posts
ada gambartak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.082078 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list