CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13507|Reply: 73

Kenapa ini boleh berlaku..

[Copy link]
Post time 22-8-2011 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Gereja diminta jaga lima anak, Jais dan NGO pertikai tindakan bapa
                                                                        Oleh Boo Su-Lyn



KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Ketika kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja masih belum reda, akhbar tempatan melaporkan pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan mempertikaikan tindakan seorang doktor menyerahkan lima anaknya untuk dijaga oleh sebuah gereja.
Akhbar Metro Ahad, edisi mingguan Harian Metro melaporkan, menurut kenyataan Jais doktor yang tidak dinamakan itu telah melakukan satu kesalahan. Menurut Jais, di bawah Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, menjadi satu kesalahan menyerahkan urusan menjaga anak masing-masing kepada bukan Islam.
Laporan terbaru ini muncul di sebalik siri tulisan akhbar-akhbar pro-Umno minggu lalu mengenai dakwaan Kristian mahu memurtadkan Muslim.
Metro Ahad melaporkan bapa terbabit menyerahkan lima beradik terbabit kepada pengurusan gereja selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.
Doktor itu enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.
Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.
Akhbar itu melaporkan kes tersebut terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini.
Akhbar itu memetik Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh Juhaidi Yean Abdullah berkata, pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan itu.
“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.
“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” kata Juhaidi Yean.
Menurut laporan itu, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.
“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.
“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain,” katanya lagi.
Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jais jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan. Presiden Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia Mohamad Isa Ralip memberitahu, Baitul Fiqh boleh memohon hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah.
“Dalam hal ini, saya memuji pastor yang cuba menghantar anak mereka ke Baitul Fiqh. Ini kerana beliau tahu mengenai sensitiviti agama dan Muslim perlu ada penjaga,” kata beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2011 09:55 AM | Show all posts
kalau ini berlaku pada orang kristian..adakah orang islam akan buat seperti yg dilakukan oleh gereja tersebut?...yelah atas dasar kesefahaman agama, bukan sebab desakan agama...boleh buat tak pak2 muslim????
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply 2# putput


Apakah pihak sekolah yang menyakini 2x2=4 akan membenarkan guru di sekolah berkenaan mengajarkan 2x2=6 kepada pelajar sekolah tersebut, walaupun guru tersebut menyakini bahawa 2x2 adalah 6?? Maka bodohlah pihak sekolah tersebut jika terus membenarkan guru tersebut mengajarkan 2x2=6 kepada pelajar di sekolah tersebut. Begitu juga dengan kes ini.

Apakah pihak berkuasa Islam akan membenarkan bapa tersebut terus menghantarkan anak-anaknya ke gereja berkenaan? Maka bodohlah pihak Islam jika berbuat sedemikian. Dengan kewujudan Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, maka membuktikan pihak JAIS bukannya bersifat bodoh seperti itu.
Ini masalah pemikiran. Pertimbangan yang tidak waras oleh bapa tersebut membawa kepada tindakannya yang tidak masuk akal.

kalau ini berlaku pada orang kristian..adakah orang islam akan buat seperti yg dilakukan oleh gereja tersebut?...yelah atas dasar kesefahaman agama, bukan sebab desakan agama...boleh buat tak pak2 muslim????


Berkenaan dengan persoalan kamu itu. Berbalik semula kepada situasi pihak sekolah yang saya kemukakan di atas. Pertimbangkan terlebih dahulu pihak sekolah berkenaan sebagai jabatan agama yang mempunyai kuasa undang-undang dalam sesebuah negara, dalam negara Malaysia ini adalah Jabatan Agama Islam. Apakah pihak sekolah yang menyakini 2x2=4, apakah mereka tidak akan membenarkan seorang yang menyakini 2x2=6 untuk belajar 2x2=4 itu? Lagi sekali, maka bodohlah jika pihak sekolah tidak membenarkan perkara tersebut.
Jangan samakan amalan kebebasan agama dalam konteks ugama kamu dan ugama Islam. Kebebasan agama dalam Islam adalah tiada paksaan terhadap mana-mana individu yang masih bukan Islam untuk memasuki Islam. Tetapi apabila seseorang itu sudah berada dalam Islam, maka menjadi tanggungjawab umat Islam bersama untuk menjaga akidah umat Islam yang lainnya supaya tiada yang terpesong setelah mereka menemukan kebenaran dalam Islam. Itu tanggungjawab setiap umat Islam.

Al-'Asr:3 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Justeru umat Islam sentiasa dituntut supaya sentiasa berpesan-pesan antara satu sama lain demi kebenaran. Umat Islam itu adalah saling bersaudara, bukannya bersikap keakuan.

Justeru menjawab persoalan kamu itu, bagi saya, tiada keperluan untuk memulangkan kepada pihak gereja, jika ada individu kristian secara suka rela menghantar anak mereka kepada pihak pengurusan Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 09:04 AM | Show all posts
Reply 3# erusi2


   
Kebebasan agama dalam Islam adalah tiada paksaan terhadap mana-mana individu yang masih bukan Islam untuk memasuki Islam. Tetapi apabila seseorang itu sudah berada dalam Islam, maka menjadi tanggungjawab umat Islam bersama untuk menjaga akidah umat Islam yang lainnya supaya tiada yang terpesong setelah mereka menemukan kebenaran dalam Islam. Itu tanggungjawab setiap umat Islam.


ini aku nak GELAK besar skit...ISLAM kata nak masuk FREE ok bleh.. bebasss nak kluar...opss sorry...silap skit ko kena naik turun court....kena brainwash lagik...bila brainwash cukup2 masih tak nak kekal islam...apakah akan terjadi pada org tersebut?????...part ini nak dengar ni??????

sila jawab pak2 muslim....????
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 4# putput

Dengan gembira sekali saya menjelaskan. Inilah perbezaan di antara pemikiran kelompok umat Islam yang benar-benar Islam dengan pemikiran kelompok beragama lain di dalam memperkatakan mengimani sesuatu agama atau kepercayaan. Untuk menerangkan perkara ini, saya akan menggunakan istilah umat/orang Islam yang berkaitan dengan kelompok Islam yang benar-benar tulen akan keislamannya.

Untuk apa kita menganuti sesuatu agama/kepercayaan itu?? Adakah untuk suka-suka?? Adakah kamu menganuti kristian sekadar suka-suka? Sudah tentu tidak. Sudah tentu kamu mengatakan bahawa kamu menganuti kristian kerana kamu sudah menyakini dengan sepenuh hati akan kebenaran yang wujud di dalamnya itu disebabkan kamu telah menemukan bukti-bukti akan kebenaranya itu. Atau apakah kamu belum benar-benar yakin dengan kristian tetapi kamu tetap menganutinya juga sebagai agama kamu?? Jika kamu berbuat sedemikian bermakna kamu hanya beriman secara buta tuli.
Begitu juga dengan Islam. Islam tidak memaksa sesiapa untuk menganuti ugama Islam. Tetapi jika seseorang itu ingin memasuki Islam, maka persoalannya kenapa dia ingin memasuki Islam? Apakah dia ingin memasuki Islam kerana suka-suka?? Apakah ugama, keimanan dan kepercayaan yang berkait dengan Tuhan itu hanya menjadi barang permainan semata-mata?? Sudah tentu tidak, malah ugama, keimanan dan kepercayaan itu adalah amat penting kerana itu kelak yang akan menentukan keadaan hidup kita di alam abadi selepas kematian. Saya menyakini bahawa kamu juga tidak bersetuju jika ugama, keimanan, kepercayaan dan keyakinan itu dijadikan barang mainan semata-mata. Justeru jika seseorang tu berhasrat untuk memasuki Islam, maka sudah tentu dia sudah benar-benar yakin dengan sepenuh hati akan kebenaran Islam, sudah tentu dia sudah menemukan kebenaran dalam Islam, sudah tentu dia tidak menemukan sebarang keraguan, kemuskilan dalam Islam. Justeru jika demikian, dan seterusnya dia memasuki Islam, maka atas dasar apa pula dikemudian hari dia ingin keluar dari Islam, jika sebelumnya dia sudah menyakini dengan sepenuh hati akan kebenaran Islam itu??
Inilah pemikiran Islam, jangan masuk Islam jika kamu tidak benar-benar yakin dengan sepenuh hati akan kebenaran Islam. Tetapi masuklah Islam, jika kamu sudah benar-benar yakin dengan sepenuh hati akan kebenaran Islam. Dengan pemikiran ini, maka kenapa harus keluar semula dari Islam??
Mungkin bagi pemikiran kamu adalah, dibenarkan masuk kristian jika seseorg itu masih tidak yakin akan kebenaran kristian, sebab itulah kamu tidak menitikberatkan akan penukaran seseorang dari agama kamu kepada agama lain.

Allah sebagai Tuhan, yang amat berkuasa ke atas semua makhuk ciptaanNya. Justeru apakah wajar kita sebagai makhlukNya menjadikan penyembahan kepada Tuhan itu sebagai alat permainan dan kepuraan?? Jika keTuhanan itu dijadikan bahan gurauan, apakah Allah tidak layak untuk menghukum mereka yang berbuat sedemikian? Pada hal Allah itulah yang melimpahkan rahmatNya yang amat besar untuk semua manusia secara percuma. Ambil satu analogi, jika kamu sebagai seorang majikan, jika terdapatnya pekerja kamu yang berpura-pura melakukan kerja yang telah kamu berikan kepadanya, namun di belakang kamu, dia hanya menjadikan setiap apa yang kamu arahkan sebagai satu permainan dan gurauan dan tiada perasaan hormat kepada arahan yang telah diberikan itu, maka secara logiknya apakah kamu akan membiarkan sahaja perlakuannya itu dan terus membayar gajinya RM 2 atau 3 ribu sebulan setiap bulan?? Secara akal yang waras, maka pastinya kamu akan menggunakan hak kamu untuk memberhentikan perkerja tersebut dari jawatannya. Begitu juga dengan Allah. Jika Allah itu mempunyai hak ke atas hidup dan mati semua makhlukNya, maka apakah Allah akan membiarkan sahaja mana-mana makhlukNya mempermainkan hakNya terhadap makhlukNya?? Sudah tentu tidak. Allah berhak untuk menghukum makhlukNya. Dan dalam Islam, hukuman ke atas orang yang mempermain-mainkan agama Allah ini iaitu Islam adalah hukuman bunuh. Ada masalah dengan hukuman tersebut?? Kamu tidak bersetuju hukuman bunuh ke atas orang-orang yang mempermainkan agama Allah itu?? Jika itulah bentuk hukuman yang ditetapkan Allah ke atas golongan tersebut, maka siapa kita untuk menafikan hak Allah sebagai Tuhan seluruh alam??

Berbalik kepada soalan kamu, iaitu "bila brainwash cukup2 masih tak nak kekal islam...apakah akan terjadi pada org tersebut"?? Amalan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Islam di Malaysia ini adalah tidak menepati hukum Islam yang sebenarnya. Kerana jika menurut Al-Quran, orang-orang yang murtad dari Islam, akan dikenakan hukuman bunuh. Kenapa?? Seperti yang telah saya perjelaskan di atas (rujuk bahagian yang saya warnakan biru itu). Sebenarnya apabila meneliti hukum Islam ke atas orang yang murtad ini, maka disinilah kita melihat sifat Maha Bijaksana Allah. Kenapa?? Kerana jika hukum Islam itu benar-benar diamalkan, maka pastinya tidak wujud golongan yang disebut sebagai munafik. Saya mengandaikan kamu mengetahui apakah golongan munafik itu supaya saya tidak perlu memberi penerangannya di sini. Namun jika kamu berhajat untuk mengetahui maksud golongan munafik itu, maka sila maklumkan dan akan saya nyatakan dalam posting yang seterusnya kelak.
Berbalik kepada amalan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Islam di Malaysia. Sudah terdapat individu yang keluar dari Islam yang kita telah ketahui umum, iaitu kes Lina Joy itu. Dari situpun kamu sudah mengetahui apa yang berlaku pada individu Islam yang tetap ingin keluar dari Islam. Namun jika terdapat kes yang mana permohonan keluar dari Islam itu tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Islam, maka pada zahirnya sahaja individu tersebut tetap Islam, tetapi hakikatnya dia sudah bukannya tergolong dalam Islam. Allah tidak melihat pada zahir tersebut, tetapi Allah melihat pada hakikatnya itu, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati setiap makhlukNya sama ada dia beriman atau kufur. Yang melihat pada zahirnya itu adalah pihak berkuasa Islam dan kelompok Islam dan manusia-manusia lain sahaja.
Cumanya usaha tetap dilakukan oleh umat Islam untuk menjaga akidah umat Islam lainnya kerana itu adalah tanggungjawab, tetapi pilihan adalah tetap jatuh pada individu itu sendiri.
   
Semoga memahami apa yang saya cuba sampaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 01:03 PM | Show all posts
kalau diikutkan hati boleh termakan bait2 ayat kamu ini erusi.

pasai apa nak kena bunuh? apakah sebab si murtad berpaling tadah dan akan menghancurkan islam dikemudian hari???? bagi satu sebab...awak tolong Tuhan awak jawab...pasai apa? apakah hikmah disebalik mesti dibunuh? adakah tuhan awak buruk sangka terhadap si pengkhianat si murtad ini?
kalau ada 1 juta murtadin...apakah 1 juta orang ini akan dibunuh secara besar-besaran???
ngerinya!
kalau dari segi strategi perang aku tau la pengkhianat mesti dibunuh...tapi ini manusia biasa. orang awam...untuk apa dibunuh??????? inikah ini yg dikatakan indahnya islam????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2011 01:31 PM | Show all posts
dan satu lagi kat msia ni rasanya banyak dah pada zahirnya islam tapi hatinya dah jauh dari islam. dan sebab mereka ni senyap2 je murtad so hikmahnya diorang lebih takut dibunuh daripada takut akan tuhan awak...dah kira silap perkiraan dan salah ajaran dah.

indahnya Kristian...Tuhan menyayangi kamu sebelum kamu menyayangi dia...dia memangil kamu sebelum kamu mencari dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 03:09 PM | Show all posts

Reply 7# putput


Saya pulak tak melihat sebegitu. Ini kerana jauh dari Islam itu bukan bermakna ianya keluar dari Islam. Dari pemerhatian saya dan pengalaman saya sendiri sebagai seorg Islam, saya akui terdahulu saya jauh dari kehidupan Islam. Maksud saya tidaklah sejauh seperti amalan kehidupan orang-orang yang bukan Islam. Tetapi sekarang alhamdulillah, saya sudah semakin dekat dengan Islam. Begitu juga dengan individu-individu Islam lain di Malaysia ni, mereka bukannya keluar Islam, sebenarnya mereka masih dalam Islam, cumanya mereka jauh dengan cara kehidupan Islam. Rata-rata mereka tetap mengakui Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan Al-Quran adalah kitab kebenaran, ini disebabkan mereka dimasa kecil tetap belajar membaca al-Quran dan mengetahui makna-maknanya dan mengakuinya. Cumanya di masa dewasa, mereka teramat jarang membaca dan meneliti Al-Quran disebabkan oleh urusan keduniaan lainnya. Namun begitu, Al-Quran tetap jadi pegangan dalam keimanan mereka.

Namun saya yakin dengan perubahan usia, mereka akan semakin berfikir dan semakin menghampiri kepada kehidupan Islam, seperti mana yang saya alami. Keadaan ini sudah banyak yang saya lihat. Contohnya adik ipar saya di zaman remajanya tidak memakai tudung, but now dia sudah menutup auratnya itu semenjak dia memperolehi anak dari perkahwinannya. Inilah rahmat Allah. Kesedaran yang timbul menyebabkan seseorang itu memilih untuk menghampirkan dirinya kepada kehidupan Islam.

Seperti yang saya katakan di Malaysia ini tidak menepati hukum Islam. Lina Joy itu murtad, tetapi dia tidak dihukum bunuh pun, justeru jika di Malaysia ni apa yang ditakuti jika ingin keluar dari Islam?? So saya melihat umat Islam di Malaysia, akidahnya masih terpelihara. Namun usaha tetap terus dilakukan supaya kesedaran mendekati kehidupan Islam yang sebenarnya itu muncul sedari awal lagi di kalangan umat Islam itu sendiri.

Berkenaan dakwaan indahnya kristian, saya melihat dakwaan itu tidak dapat dtegakkan secara sendirian. Ianya harus ditegakkan dengan dakwaan indahnya kitab suci kristian itu. Namun jika permasalahan-permasalahan ayat-ayat di dalam bible kristian itu tidak mampu diatasi oleh kelompok kristian itu sendiri, makanya bagi saya, dakwaan keindahan kristian itu hanya tinggal dakwaan kosong tanpa pembuktian. Sifat-sifat seperti ini, sememangnya tidak dapat diterima oleh akal yang benar-benar berfikir. Justeru satu cabaran untuk kamu bagi menjelaskan permasalahan-permasalahan ayat dalam bible kristian itu seperti yang didakwa oleh pihak Islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2011 03:48 PM | Show all posts
saya maksudkan para murtadin...menolak islam secara totaly
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 23-8-2011 19:52

Reply 9# putput


Yang saya tahu hanya Lina Joy sahaja. Yang lain-lain tiada. Kamu tahu ker? Jika kamu tahu maka, sila listkan individu-individu yang keluar daripada Islam tu. Berikan sekali berita atau dokumennya sebagai pengesahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 08:41 PM | Show all posts
Reply 10# erusi2


    tiada data sahih...tiada siapa diluar sana begitu bodoh nak ngaku murtad. murtad senyap2 sudahlah. atau ada diantara silent reader kat luar sana nak wat pengakuan...?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply 11# putput


Tiada data, makanya tiada apa yang dapat dijadikan pengesahan atas sesuatu dakwaan itu. Jika hanya pengakuan, memang semua orang boleh buat, banyak orang kristian yang boleh mengaku dulunya mereka adalah muslim. Begitu juga banyak orang muslim yang boleh mengaku dulunya mereka adalah kristian. So pengakuan yang macam tu hanya boleh dijadikan pengesahan untuk diri sendiri, tetapi tidak boleh memaksa pengesahan itu terhadap orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply  putput


Tiada data, makanya tiada apa yang dapat dijadikan pengesahan atas sesuatu dakwa ...
erusi2 Post at 24-8-2011 10:25



setuju...tiada data, maksudnya tiada masalah muslim murtad. Sebab itulah pengakuan antara persona dengan Tuhan. Orang luar jangan sibuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply 13# louiektc


    setuju org luar jangan sebok
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 12:49 AM | Show all posts
Reply 13# louiektc

Islam mengesa kelompoknya supaya sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran antara satu sama lain. Justeru begitu juga, org luar jangan menyibuk bila kelompok Islam menyampaikan pesan-pesan itu terhadap individu-individu dari kelompoknya yang ingin murtad.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 08:24 AM | Show all posts
Reply  louiektc

Islam mengesa kelompoknya supaya sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan b ...
erusi2 Post at 10-10-2011 00:49


Pergi buat "dakwa" kamu di tempat kamu sendiri. Jangan nak menyibuk di tempat orang lain tengah bincang hal yg penting sesama mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 11:43 AM | Show all posts
Reply  louiektc

Islam mengesa kelompoknya supaya sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan b ...
erusi2 Post at 10-10-2011 00:49



Saling menegakkan kebenaran dan megerjakan kewajiban sememangnya perkara baik, amalan ini patut digalakkan dan dipujikan. Tetapi apakah hukumnya dan siapakah diamanahkan melaksanakan hukum tersebut sekiranya penganutnya mengengkari desaan daripada orang Islam sendiri, maksudnya muslim sebagai orang luar baginya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 12:20 PM | Show all posts
Saling menegakkan kebenaran dan megerjakan kewajiban sememangnya perkara baik, amalan ini patu ...
louiektc Post at 10-10-2011 11:43


menegakan kebenarana dan kewajiban konon. :re:

Kebanyakan orang (Muslims) yg berkata sedemikian biasanya jenis yg tidak berjaya dlm pelajaran (di bangku sekolah), ataupun keluar dr institute pengajian tinggi (IPT) tengah jalan, jual nasi lemak atau pisang goreng ditengah jalan ataupun buat kerja kuli tetapi menpunyai isteri berganda. :re:

Mereka2 (dr golongan Muslims) yg berpelajaran, berkerja kuat utk nakfah mereka serta berilmu tidak akan menangkat diri mereka dan melaungkan kononnya mereka sedang menegakan kebenaran dan kewajiban.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 12:16 PM | Show all posts
menegakan kebenarana dan kewajiban konon.

Kebanyakan orang (Muslims) yg berkata sedemiki ...
Sephiroth Post at 10-10-2011 12:20
em....tak semua orang macam tu..ada juga orang kristian kononnya kristian tapi hidupnya macam mafia . Kan kami semua ni orang biasa saja, bukan kerana berapa detail ajaran agama yang kita fahami atau creed yang kita memeluk kuat akan menjadi kita nampak lain daripada orang biasa. Sepatutnya hati kita yang bagai sumbang jadikan manusia tu berkelakuan biadap. Dalam ajaran kristian yang paling asas, Yesus menunjukkan macam mana 'kosongkan diri sendiri' termasuk nyawa sendiri! Supaya semua orang dapat menerima limpahan rahmat yang lebih sempurna. Perkara macam tu tak perlu melibatkan pengajaran tinggi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:26 AM | Show all posts
em....tak semua orang macam tu..ada juga orang kristian kononnya kristian tapi hidupnya macam mafia  ...
louiektc Post at 11-10-2011 12:16


Yeah, memang benar yg banyak juga orang2 Kristian (dan Hindu dan Buddhist) yg sedemikian. Aku tak menafikannya kerana aku sendiri banyak kali menyaksikannya (dan akan menjadi saksi terhadap (dosa) mereka dlm perbicaraan di hadepan Tuhan nanti). Aku sendiri pernah menyumpah seorang Kristian (dr Filipina) yg mengangkat dirinya (seakan) Jesus.

Bagi aku, SATU SATUNYA Contoh seorang Kristian yg alim adalah Mother Theresa yg mengabadikan dirinya utk berkhidmat masyarakat. Di hadepan beliau dan mereka2 yg mengabadikan diri mereka, aku akan sentiasa tunduk hormat.

Tetapi kamu kena ingat sesuatu. Walaupun ada pelbagai jenis manusia dgn pelbagai karenah, setiap agama (kecuali Islam) menpunyai seorang yg boleh dikatakan contoh apa yg diajar oleh agama tersebut. Dlm agama Kristian, kita boleh melihat Mother Theresa sbg contoh seorang Kristian yg alim (sekurang2nya, bagi aku lah); dlm agama Hindu pula, Mahatma Gandhi dan dlm agama Buddha, Dalai Llama yg masih bergelut dgn Pihak Komunis di China.

Tetapi dlm Islam itu mana? Saya tak tanya beratus2, hanya satu dr 1 billion Muslims yg wujud di Dunia ini. Mana dia contoh seorang Muslims yg alim yg kononnya mengikuti ajaran Islam dgn baik dan boleh dijadikan contoh kpd muslims yg lain? Yg ada hanyalah makluk spt Osama bin Laden, Saddam Hussein dllm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078619 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list